Monday, April 28, 2008

Kenapa BN Ingin Merampas Kelantan dari Kerajaan PAS?

Kesungguhan Barisan Nasional (BN) mahu merampas Kelantan dari tangan PAS bukanlah kerana mahu membangunkan Kelantan tetapi sebaliknya mahu mengaut kekayaan dari hasil bumi negeri Cik Siti Wan Kembang ini untuk menambah kekayaan peribadi dan kroni mereka sahaja. Simpanan gas asli sebanyak 13 trillion kaki persegi (13,000,000,000,000) di perairan Kelantan cukup membuatkan pemimpin BN dan kroni mereka tidak senang duduk dan mahu kembali memerintah agar hasil tersebut dapat mereka kaut. Hasil bumi Kelantan itu sudah sedia untuk diterokai dan hasilnya cukup untuk tempoh 500 tahun iaitu cukup untuk tujuh generasi rakyat Kelantan. Simpanan gas asli tersebut terletak di Blok-Blok berikut,

Blok A18
Blok B17
Blok C19
PM3
Sub-Blok Ular
PM301
PM302
PM303
PM311
PM312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalty GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronasmengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS. Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc. Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari. Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla. Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu. Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum. Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun. Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan. PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion). Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.

ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN

PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini. Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu. Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan. Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu.

Labels:

Sunday, April 27, 2008

Tuduh Anwar ejen Amerika, rupa-rupa Najib budak surahan mereka

"Tuduhan bahawa Anwar Ibrahim ejen Amerika akhirnya memakan diri, apabila Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak lah sebenarnya budak suruhan Amerika sehingga sanggup menamatkan penyertaan Iran daripada pameran senjata di Kuala Lumpur.

"Najib Razak telah tunduk kepada desakan dari Amerika Syarikat dan rakan-rakan sekutunya", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia sebagai negara berdaulat dan bermaruah sepatut mengamalkan dasar laur yang bebas dan tidak boleh tunduk kepada arahan dari Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa lain," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya berasa dukacita dengan tindakan timbalan perdana menteri merangkap menteri pertahanan terhadap (negara) tetamu kita, Iran."Bekas timbalan perdana menteri itu mengulas kenyataan Najib hari ini bahawa negara Asia Barat itu telah melanggar resolusi 1747 dan 1803 Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila membawa masuk dan mempamerkan senjata-senjata terlarang bawah resolusi tersebut.

Akibatnya, ruang pameran milik Iran ditutup mendadak pada Selasa, hari kedua Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 yang diadakan sehingga semalam.

Walaupun Iran telah dimaklumkan tentang larangan itu, tambah Najib, negara itu masih berbuat demikian.

Anwar menambah, DSA 2008 dianjurkan untuk semua negara berdaulat yang ingin mengambil bahagian secara bebas, bukan untuk menjual senjata dan alat pertahanan lain. "Oleh itu, Malaysia sebagai tuan rumah bebas menjemput negara yang sanggup mengambil bahagian tanpa syarat.

Kerana itu Iran telah dijemput oleh Malaysia untuk mengambil bahagian dalam DSA 2008."Mustahil sekali apabila Malaysia membuat keputusan tergempar tentang (menghentikan) penyertaan Iran itu."

Kini sahlah bahawa tuduhan bahawa Anwar adalah ejen Amerika adalaah tuduhan untuk mengabui mata rakyat sedangkan Pak Lah dan Najib (Bakal Duta Malaysia ke Mongolia) yang sebenarnya budak suruhan Amerika.

Labels:

Wednesday, April 23, 2008

5 syarat jadi ketua kampung BR dan BN

Semenjak BR mengambil alih teraju pemerintahan di Perak, ramai yang datang ke pejabat MB meminta habuan, jawatan, projek dsb. Mereka menyangka apabila pimpinan kerajaan negeri yang baru melaksanakan dasar terbuka, maka ianya bererti mereka boleh mendapat dapat faedah, projek, habuan atau sebutharga atau tender secara terus dengan mudah.

Perkara ini diceritakan oleh Ustaz Misbahul Munir Masduki iaitu Setiausaha Politik kepada MB Perak semasa menyampaikan kuliah maghrib di surau Taman Meru 2C, Ipoh pada 15 April 2008 yang lalu.

Mengikut Ustaz Misabahul, ada seorang hamba Allah yang datang ke pejabat MB meminta surat perlantikan sebagai Ketua kampung. Hamba Allah ini mengatakan penduduk kampung menyokong beliau menjadi Ketua kampung. Beliau datang tanpa sebarang dokumen kelayakan dan surat keterangan.

Hamba Allah ini mengaku beliau adalah seorang pesara (askar pencen) dan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan @ jaga dan juga beberapa kerja-kerja lain. Beliau sanggup menunggu sehingga surat perlantikan diberi barulah beliau akan pulang.

Ustaz Misbahul lalu menyatakan kepada hamba Allah untuk menjadi Ketua kampung mesti ada lima syarat yang perlu dipenuhi:

SYARAT 1- BOLEH MENJADI IMAM
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin dalam solat atau menjadi imam yang baik kerana Menteri Besar yang baru (Ir. Mohammad Nizar) boleh menjadi Imam dalam solat (lengkap zikir dan doa selepas solat).

SYARAT 2- BOLEH BERKHUTBAH (BUKAN SETAKAT MEMBACA KHUTBAH)
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh berkhutbah sebelum solat Fardu Jumaat dan solat sunat Hari Raya kerana Menteri Besar boleh berkhutbah dan bukan setakat membaca teks khutbah.

SYARAT 3- BOLEH MEMBERI CERAMAH
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memberi ceramah seperti Maulidur Rasul, Israk dan Mikraj dsb kerana Menteri Besar boleh memberi ceramah.

SYARAT 4- BOLEH MEMIMPIN TAHLIL
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin tahlil hingga selesai lengkap dengan doanya sekali kerana Menteri Besar boleh memimpin tahlil.

SYARAT 5- BOLEH MEMIMPIN BACAAN TALKIN
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin bacaan Talkin untuk orang yang meninggal dunia kerana Menteri Besar boleh memimpin bacaan Talkin dan bukan setakat membacanya sahaja.

Selepas mengemukakan lima syarat di atas, maka hamba Allah itu terdiam. Beliau lalu pulang dan tidak datang semula untuk meminta jawatan (sebab dia tahu tak layak dan tak boleh memenuhi lima syarat ini).

Syarat keenam (yang ni saya tambah) yang tidak diberikan kepada hamba Allah tersebut adalah:

SYARAT 6- BOLEH BERTUTUR DALAM BERBAGAI BAHASA
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh bertutur dalam berbagai bahasa kerana Menteri Besar boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Tamil, loghat Jawa, Kampar, Mendeling, loghat tempoyak (Perak) dsb.

Syarat untuk jadi ketua kampung-BN

SYARAT 1- BOLEH MENYANYI KARAOKE
Untuk menjadi ketua kampung di bawah pimpinan BN, mestilah pandai berkaraoke. Ini kerana terdapat banyak majlis-majlis lagha yang diajurkan oleh parti tersebut dari peringkat pusat hinggalah ke cawangan, justeru memerlukan ketua kampung yang boleh menghiburkan orang-orang kampung.(lagu kena hafal and vokal kena mantap) di samping mewajibkan nyanyian lagu umno.

SYARAT 2- BOLEH LEPAK BERSAMA-SAMA DENGAN RAKYAT HINGGA 2-3 PAGI DI WARUNG KOPI
Ini penting untuk mengetahui gosip semasa orang-orang kampung dan untuk menyebarkan propaganda UMNO. Di samping itu juga boleh la kacau pak-pak imam yang baru pulang dari Qiamullai.

SYARAT 3- BOLEH MEMBERI CERAMAH
khidmat ini diperlukan apabila wakil rakyat tidak dapat hadir. Ketua kampung yang menjadi boneka bagi mengantikan wakil rakyat ini harus fasih dalam ceramah dan harus pandai mengapi-apikan orang kampung.

SYARAT 4- BOLEH MEMIMPIN KEPADA PERKARA MUNGKAR
Merompak harta rakyat(wang rakyat untuk kepentingan peribadi) dan berkomplot dalam isu penyeludupan(beras dan baja).

SYARAT 5- SANGGUP MENJADI PAK SANGUP (BARUA) PADA UMNO
Ini perkara penting walaupun tidak termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Khimat ini diperlukan apabila menjelang pilihan raya.Ini lah orang yang akan sibuk mencanang cerita karut UMNO pada orang-orang kampung dan sasaran mereka adalah pada kaum wanita, kerana mereka ini amat mudah terpedaya.

Ini lah antara syarat yang diletakkan pada ketua kampung yang menjadi harapan pada orang-orang kampung.


wassalam..

Labels:

54 Adun BN belanja kilat RM27 juta wang rakyat

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan 'kilat' berjumlah RM27 juta dalam tempoh 50 hari oleh semua 54 Adun BN Selangor menimbulkan keraguan dan perlu diberi penjelasan sama ada ia disalurkan mengikut prosedur yang betul.

Adun Hulu Klang, Saari Sungib menjelaskan jika ia membabitkan salah laku, maka mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan.

Katanya, peruntukan tahunan RM500,000 bagi setiap Adun BN itu sepatutnya disalurkan untuk projek kecil seperti memperbaiki jalan raya, paip pecah dan longkang.


Bagaimanapun ia telah habis digunakan dan disahkan sendiri oleh Timbalan Pengarah Kewangan negeri Selangor dalam pertemuan dengan semua Adun Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Menurut Saari, RM200,000 daripada peruntukan itu sepatutnya digunakan untuk memberi bantuan kepada penduduk miskin, orang kurang upaya, bantuan kecemasan dan bencana alam manakala selebihnya untuk projek kecil yang setiap satunya mestilah sekitar RM10,000.

"Kalau mengikut prosedur biasa dan ketat, agak mustahil untuk mengagihkan jumlah peruntukan itu dengan cepat dan boleh dihabiskan dalam jangka masa singkat," katanya ketika dihubungi Harakah.

Bagi projek pembangunan dan membaik pulih infrastruktur, wang agihan atau tuntutan kewangan mestilah dibuat menerusi pejabat daerah kawasan masing-masing oleh Adun-Adun terbabit.

"Namun hasil kajian dan siasatan yang tidak rasmi, jumlah peruntukan yang besar tidak pernah dibuat beberapa Adun tersebut. Jadi ke mana wang itu disalurkan?

"Kita akan soal mereka dalam sidang Dun nanti dan kita harap mereka boleh memberi penjelasan yang telus, tetapi jika ada kepincangan, tindakan mestilah diambil," katanya.

Isu ini turut dibangkitkan Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu. Katanya, kerajaan negeri akan meminta penjelasan daripada 36 bekas Adun BN dan 18 yang lain yang masih mengekalkan kerusinya tentang bagaimana peruntukan tersebut digunakan.

"Semua surat kepada Adun terbabit akan dihantar dalam masa seminggu dan mereka perlu menjelaskan dengan terperinci bagaimana wang tersebut digunakan dan siapa kontraktor yang terbabit melakukan kerja-kerja berkenaan.

"Kami tidak berpuas hati dengan cara peruntukan itu digunakan. Kami ingin tahu bagaimana wang pembayar cukai itu dihabiskan," katanya.

Labels:

Tulisan terakhir Rustam: Mahathir yang celupar

SAYA benar-benar kagum akan Mahathir, khususnya terhadap kemampuan dan kedegilannya untuk menyatakan pandangannya.

Dia akan terus berkata-kata, meskipun sudah tidak ada lagi orang yang mau mendengar pandangannya itu – kecuali mungkin beberapa orang yang mau memperalatkannya sebagai sumber "pendapat" bagi maksud tertentu – untuk menyerang Abdullah Badawi, misalnya.

Dan bagi tahap umurnya, tenaga Mahathir memang luar biasa. Suaranya masih lantang, sebutannya masih jelas – meskipun daya ingatannya ternyata sudah kabur (banyak yang tidak diingatnya atau sudah tersalah ingat), daya analisisnya sudah longgar, rasa hormatnya terhadap lojika, etika, maupun kebenaran jelas sudah berkecai.

Namun, bagi saya, apa yang lebih menakjubkan ialah masih banyak antara kita yang masih sanggup mendengar racauannya itu. Oleh itu, bila Mahathir akan diwawancara untuk rancangan "Hard Talk" baru-baru ini saya menjadi kebanjiran dengan pesanan SMS maupun posting blog tentangnya.

Memanglah Mahathir merupakan seorang yang degil, yang tidak puas-puas meracau di mana sahaja. Dia akan berceramah di majlis ceramah anjuran PROWARIS atau bahagian-bahagian Umno yang tertentu, berdebat dalam forum anjuran laman blog MyKMU, ditemuramah oleh Malaysiakini.com, malah menulis kata pengantar untuk buku Dr. Collin Abraham.

Tidak ada sesuatu yang baru dalam apa yang diperkatakannya, namun orang tetap akan mendengar malah melaporkannya kembali di tempat lain, di muka akhbar maupun di laman blog. Tidak ada yang mendalam atau profound dalam analisisnya, namun masih banyak yang menganggap kata-katanya sebagai semacam mutiara ilmu.

Dan inilah yang menakjubkan saya. Apakah yang menarik tentang Mahathir ini: mutiara ilmu yang keluar dari mulutnya atau sekadar personanya? Dan apakah yang menarik tentang persona itu – auranya atau sekadar latarbelakang dirinya yang pernah menjadi ahli politik yang memberontak terhadap establishment Umno tetapi kemudiannya bertukar menjadi establishment itu sendiri yang amat menindas?

Baru-baru ini Mahathir tampaknya telah berhasil pula menjaja misteri dirinya itu ke luar negara. Dia sanggup ditemuramah di ruangan "Hard Talk" BBC yang terkenal kerana soalan-soalan mendalam lagi kasar terhadap sesiapa sahaja – khususnya para pemimpin negara dunia ketiga.

Mahathir memang tahu tentang reputasi rancangan Hard Talk itu, namun naluri dan semangatnya untuk terus berkata-kata itu ternyata tidak akan dapat diredakan. Otot di sekeliling mulutnya yang overdeveloped itu tampaknya tidak akan dapat dilemahkan.
Satu sifat dan sahsiah Mahathir yang asasi sehubungan dengan nalurinya yang mau terus berkata-kata ini ialah sifatnya yang combative – yakni dia akan menyerang bila dia mendapati dirinya terdesak oleh serangan orang lain khusus pihak yang mempersoalkan kredibiliti hujah dan kata-katanya.

Dan apabila Mahathir mulai menyerang, dia akan melakukannya secara dogged (hantam keromo, membujur lalu melintang patah). Bila Mahathir menyerang, maka jelaslah terserlah sifatnya yang samasekali tidak menghormati dan mengendahkan kebenaran, fakta, logika atau malah urutan dan tertib hujah yang siuman.

Saya telah melihat perkara ini berlaku beberapa kali sewaktu Mahathir diwawancara oleh media antarabangsa (Mahathir dalam nada prasangkanya sendiri akan mengatakannya "media barat").
Beberapa tahun lalu, sewaktu Mahathir ditemuramah oleh Zain Verge dari CNN, bila dia didesak dengan soalan-soalan yang hangat dan pedas, dia akan segera menjadi combative – menuduh sipenemuramah itu sebagai mewakili prasangka "orang putih" yang senantiasa memandang rendah terhadap orang kulit berwarna seperti dirinya.

Hakikat yang tidak diendahkan Mahathir ialah hakikat Zain Verge merupakan seorang wanita keturunan Pakistan yang dibesarkan di Afrika – hanya kulitnya sedikit cerah berbanding Mahathir.

Kali ini sewaktu menghadapi asakan soalan-soalan panas dari Stephen Sackur, hos rancangan Hard Talk ini, huraian Mahathir tentang prasangka orang Barat terhadap orang pribumi kita tampaknya diasaskan pada ikhtisar pandangan beberapa tokoh pegawai penjajah British satu dua abad lalu seperti Swettenham, Winstedt.

Pandangan berprasangka seperti itu sebenarnya sudah tidak kedengaran lagi hari ini, dan malah hujah seperti yang dikemukakan oleh Mahathir itu juga sejak lama sudah tidak digunakan lagi oleh para pembahas dan sarjana anak negeri. Namun demikianlah adanya vintage Mahathir: dia tidak teragak-agak menggunakan hujah dan mauduk dari dua abad lalu untuk memenangi perdebatan hari ini.

Mahathir agak beruntung bila berhadapan dengan para wartawan seperti Zain Verge dan Sackur itu. Mereka ini sebenarnya tidak begitu tahu tentang realiti politik di Malaysia, oleh itu tidak dapat terus bertanya (probing) bila Mahathir memberikan reaksi yang sebenarnya tidaklah seratus peratus tepat.

Huraiannya, misalnya, tentang penyingkiran para hakim, tentang pita V. K. Lingam, tentang keadilan yang diterima Anwar dari sistem kehakiman Malaysia sudah pasti akan mengundang asakan yang malah lebih kuat lagi dari seorang wartawan yang lebih tahu tentang Malaysia berbanding Zain maupun Sackur.

Namun Mahathir, bagi saya, tetap merupakan seorang watak awam yang bijak lagi licik. Dia pandai menggunakan segala macam helah dan permainan citra untuk mempertahankan dirinya dan mengelirukan para pendengarnya. Sebab itulah setiap gerak geri maupun kata-katanya akan menarik perhatian, meskipun tidak terdapat barang seurat ketulusan maupun kebijaksanaan dalam penampilan citra dan cendekianya itu.

Bilakah permainan penampilan dirinya yang penuh helah ini akan reda – demi menjaga kewarasan dan kesehatan minda (mental hygiene) masyarakat kita sendiri?

Labels:

Tuesday, April 22, 2008

Lompat parti: "Strategi DSAI menstabilkan Pakatan, mengkelam-kabutkan BN&am

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) mendakwa bahawa ada di kalangan Ahli Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) akan bertindak lompat parti ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa sebulan dua ini. Pakatan yang mendapat 82 kerusi parlimen hanya memerlukan 30 kerusi di Parlimen untuk mendapat majoriti mudah serta menggulingkan kerajaan BN.

Azmin Ali, naib presiden PKR pula mengatakan bahawa PKR sudah berjaya mendapatkan lebih daripada 30 orang AP BN akan menyertai Pakatan. DSAI sekali lagi, dalam ceramah di malam Gelita 14 atau Black 14, mengtakan bahawa Pakatan sudah bersedia untuk menjadi kerajaan.Tetapi yang menjadi persoalan kini, jika betul sudah bersedia, mengapa tidak menubuhkan kerajaan sekarang.

Umumkan sahaja AP-AP dari BN yang hendak melompat keluar dari parti mereka itu dan masuk ke dalam Pakatan.Menurut penulis serta editor bagi seksyen bahasa Malaysia Malaysiakini Sdr. Fathi Aris Omar, ini mungkin perang saraf yan dibuat DSAI dan percubaannya hendak menguji sama ada beliau masih lagi popular atau tak pasca pilihan raya ini.

Katanya, "ini strategi kempen DSAI untuk menstabilkan Pakatan Rakyat & mengkelam-kabutkan BN. Aku rasa DSAI cuba "test market" sejauh mana popularnya dia & Pakatan selepas p/raya 8 Mac."

Soalan yang sama ditanyakan -- benar atau tidak dakwaan DSAI itu -- kepada Al-Mustaqeem Mahmod Radhi bekas editor majalah seni-politik Siasah (bukan tabloid). Ini jawapannya, "cuma dia, Tuhan dan mungkin 2-3 orang yang rapat dengan dia yang tahu. Tentang 30 orang MP nak lompat, siapa yang betul-betul pasti?"MR Al-Mustaqeem menambah dengan penuh yakin,"[..] yang agak pasti, perubahan kerajaan persekutuan akan bawa kebaikan untuk negara."

*pertama kali tersiar di blogzine http://republikkata.blogspot.com

Labels:

Al Fatihah


Rustam Sani Kembali Ke Rahmatullah 2:30 Pagi Tadi


nama penuhnya Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah jam 2:30 pagi tadi dalam usia 63 tahun di rumahnya No 7519 Bukit Lela Gombak, Selangor.Menurut anaknya Ariani yang dihubungi menerusi telefon sekejap tadi bapaknya dikatakan menghidap serangan jantung.


Menurtu Ariani doktor juga mengesahkan Allahyaraham mengalami paru-paru berair.
Pemergian Allahyarham mengejut kerana beliau berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda beliau menghadapi masalah serius dengan kesihatannya sehari dua ini.Menurut anak perempuan sulungnya itu, Allahyaraham dikatakan sangat ghairah dalam sehari dua ini membuat persiapan untuk pelancaran dua buku barunya; Faile Nation? Concerns of Malaysian Nastionalist dan Social Roots of The Malay Left, oleh Anwar Ibrahim dijangka pada 26 April, Sabtu jam 3:00 petang di Di Dewan Seminar Perpustakaan Raja Tun Uda, di Shah Alam.


Allahyarham juga merupakan seorang kolomnis dalam akhbar Siasah yang muncul setiap minggu di muka surat 19 di bawah kolom "Pandangan Rustam". Untuk beberapa keluaran lalu beliau tidak mengisi kolomnya kerana kesihatan kurang mengizinkan dan sibuk dengan persiapan buku barunya.

Allahyarham dilahirkan di Tanjung Malim Perak, 1944. Beliau merupakan anak kepada bapa pejuang kemerdekaan dan Melayu, Ahmad Boestman. Dalam politik jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Hasil penggabungan PRM dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Menurut Ariani jenazah ayahnya akan dikebumikan selepas Zohor di tanah Perkuburan Taman Ibu Kota Kuala Lumpur. Al Fatihah.

Labels:

Monday, April 21, 2008

Anuar Bukan Ejen Yahudi

Baca petikan dibawah
===================================================================
If Anwar is not ''PM of Israel'', What Then?
Contributed by cucuwaktelu on Thursday, April 17 @ 20:44:21 MYT
Topic: KOMENTAR


It is not the first excuse Anwar Ibrahim used to justify his attack on Dr Mahathir. He had used Dr Mahathir's remark on his ex-convict status and many other remark.



When listening to Anwar's entertaining speech, be analytical and extra critical to his logic of arguments and conclusions. It's usually doubt-creating logic appealing to the simpleton masses and not supported by hard evidence and fact. Evidence and fact he presents are usually heresay or circumstantial or half complete information.


If documents or evidences are demanded, his reply is to request for the appropriate time for release or use excuse like Justice Augustine Paul's refusal of his "irrelevent" evidences.

Anwar was angered by Dr Mahathir's snipe labeling of himself as PM of Israel. Fine, but why would an Israeli newspaper be able to predict him as the next PM of Malaysia, before any other newspaper in the world? Could he be an ally or of interest to Israel to receive such compliments from it's mainstream newspaper?
==================================================================



Ini adalah kesinambungan jawapan saya pada MYkmu.net

Pertemuan face to face di antara Abdullah dengan Presiden George W. Bush sedikit masa lalu, tidak bererti Abdullah menyokong dan dijajah pemikirannya oleh AS dan Yahudi telah pun berjaya menyusup masuk mencampuri urusan dalam negara kita.


Begitu juga dengan tindakan Dr.Mahathir pada 6 hingga 9 Julai 1994 telah mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Kemudian, Dr.mahathir mengesahkannya dalam satu wawancaranya dengan wartawan TV Israel, Channel 10, Guy Sharett pada 6 April 2004 di Kuala Lumpur. Pada tahun 1964 di AS, Dr.Mahathir juga pernah mengadakan pertemuan dengan Dr. Henry Kissinger, ketika itu sebagai Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi dalam seminar anjuran Asia Foundation.


Selepas itu, Dr.Mahathir telah mengadakan dua kali pertemuan sulit dengan Dr. Henry Kissinger, Pertama di New York dan kali kedua di Kuala Lumpur pada 6 Mac 1987. Ianya diadakan secara perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur" anjuran ISIS ketika itu dibawah pentadbiran Dr. Noordin Sophie.


Dr.Mahathir juga pernah menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor [Datuk Bandar] berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles pada Januari 1997. Dalam pertemuan tersebut Dr.Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan atau perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang. Idea itu terhenti apabila Abdullah mengambilalih tampok pemerintahan negara kerana Abdullah bukan seorang yang cintakan ilmu lebih-lebih lagi dalam dunia ITC.


Pada tahun 1997, Dr.Mahathir menjemput belia-belia [pelajar-pelajar] Israel melawat Malaysia untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah IPTA di ibu negara dan membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa [ICC]. Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh Dr. Mahathir. Ahli Parlimen Pokok Sena, YB Tuan Haji Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Kubang Krian YB Salahuddin Ayob ditangkap dan dipenjarakan.


Sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi diberi kontrak untuk membantu UMNO merangka strategi pilihan raya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihan raya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat [Dr. Henry Kissinger juga merupakan penasihat kepada Presiden Reagan]. Pada tahun 1998, negara mengalami krisis kewangan dan Dr. Mahathir mengambil syarikat Solomon Smith & Barney [juga sebuah syarikat Yahudi] sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika dan Eropah.


Dan pada September 1999, Menteri Luar Malaysia ketika Syed Hamid Albar [kini Menteri Dalam Negeri] telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Israel, David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.


Pada 13 Oktober 1994, Far Eastern Economic Review melaporkan bahawa Dr.Mahathir telah memberitahu bahawa pengiktirafan [Israel] adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestin dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur

Labels:

Saturday, April 19, 2008

Tolak Pakatan UMNO-PAS Tepat

TINDAKAN tiga pemimpin tertinggi PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, setiausaha agung Datuk Kamaruddin Jaafar dan bendahari Dr Hatta Ramli menolak pelawaan Umno untuk mewujudkan kerajaan campuran di Selangor dan Perak sebelum ini adalah satu tindakan yang tepat.

Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu mendakwa bahawa PAS lebih rela bekerjasama dengan parti orang ’kafir’ daripada bekerjasama dengan Umno yang dituduhnya parti zalim.
PAS merupakan sebuah parti yang kini semakin mendapat sokongan orang Melayu dan Umno kian tersepit hingga sanggup mengadakan rundingan belakang tabir selepas pilihanraya ke-12 untuk memujuk pemimpin PAS membantu mereka menubuhkan kerajaan campuran di Perak dan Selangor.

Walaubagaimana pun pemimpin PAS menolak permintaan tersebut dan mendedahkan segala isi perbincangan itu kepada pimpinan Pakatan Rakyat yang lain sebagai menghormati semangat setiakawan yang kini semakin erat. Pemimpin PAS ditawarkan jawatan tinggi dalam rundingan itu, tetapi sedikit pun mereka tidak berminat.

Lantaran itu rakyat dapat melihat bahawa politik pemimpin PAS lebih matang kerana berjaya menunjukkan komitmen mereka dalam menjalankan hubungan baik dengan semua anggota Pakatan Rakyat, DAP dan KeADILan.

PAS tidak pernah membelakangkan orang Melayu, dan rakyat sedar akan perkara ini. Nadi perjuangan PAS adalah Islam dan Islam sendiri mengajar pemimpin PAS untuk berbuat baik pada semua rakyat tanpa mengira kaum atau pun agama.

Kenyataan bahawa pemimpin PAS tidak wajar bekerjasama dengan parti orang ‘kafir’ adalah satu kenyataan yang biadap dan dengan sendirinya menunjukan Umno selama ini bersikap talam dua muka dengan pemimpin komponen BN lain yang terdiri dari kaum bukan Islam seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP.

Hanya kerana inginkan kuasa mereka sanggup meninggalkan rakan-rakan mereka dalam BN dan memujuk pemimpin PAS bergabung bersama mereka secara senyap-senyap.

Ini adalah sikap orang tamak dan tidak setiakawan. Oleh itu, parti komponen BN yang lain di ingatkan untuk berhati-hati dengan pemimpin Umno kerana selama ini merekalah yang mempergunakan undi kaum cina dan India untuk survival politik mereka.

Kegagalan komponen BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP dalam pilihanraya yang lalu adalah berpunca dari sikap pemimpin Umno. Pemimpin Umno melalui Abdullah Badawi, Hishamuddin dan ramai lagi sering mengeluarkan isu-isu yang menindas dan menghina kaum cina dan India.

Kes tuntutan NGOs cina dan juga kebangkitan Hindraf yang gagal ditangani dengan baik memadamkan kepercayaan rakyat pada Umno dan semua komponen BN. Pemimpin-pemimpin BN lainnya dilihat sebagai alat atau pun kuda tungangan dan tidak berani bersuara dihadapan pemimpin Umno dalam mempertahan hak kaum mereka.

Kini bila mereka gagal mempertahankan kerusi DUN dan Parlimen, Abdullah menyalahkan mereka dan menuduh mereka sebagai gagal untuk membantu BN.

PAS juga pernah menyertai pakatan BN dalam Kerajaan Campuran selepas Pilihanraya 1974, walaubagaimana pun disebabkan sikap Umno yang tidak ikhlas pemimpin PAS bertindak keluar dari pakatan itu. Walaupun menerima kekalahan teruk pada pilihanraya 1978 kerana keluar dari BN, namun PAS tetap konsisten dalam menentang kezaliman Umno hinggalah berjaya menubuhkan lima Kerajaan Negeri bersama komponen Pakatan Rakyat selepas pilihanraya baru-baru ini.

Kesabaran dan juga keihklasan pemimpin PAS sering teruji. Pengalaman lampau telah cukup untuk memberikan pengajaran kepada generasi muda PAS bahawa parti ini tidak memerlukan Umno untuk mendapatkan kepercayaan rakyat dalam membentuk Kerajaan. Dan untuk kepentingan rakyat dan Islam PAS akan terus dengan pendiriannya untuk tidak berkerjasama dengan Umno selagi mana mereka tidak meninggalkan budaya rasuah, judi, arak, zina dan pembaziran dalam politik mereka.

PAS bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, tetapi mereka juga perlulah belajar menghormati pemimpin PAS dan juga rakyat Malaysia keseluruhannya.

Labels:

Monday, April 7, 2008

Surat terbuka buat semua wakil Pakatan Rakyat

Pilihanraya Umum Ke 12 (PRU-12) pada 8 March 2008, yang baru tiga minggu berlalu, telah menyaksikan bahawa rakyat Malaysia telah memberi kemenangan besar pada Barisan Alternatif. Kemenangan itu, bukan saja menjadi harapan besar pada rakyat Malaysia untuk mendapat kepemimpinan yang lebih telus dan adil, malahan ,ianya juga seolah-olah memberi gambaran bahawa isu ISA akan mendapat perhatian yang sewajarnya.

Isu ISA turut mendapat tempat sebagai isu utama sewaktu kempen PRU12, dan salah seorang tahanan ISA, M.Manoharan, salah seorang dari 5 pemimpin HINDRAF, telah memenangi Adun Kota Alam Shah walaupun beliau masih ditahan di Kem Kamunting.
Rakyat tetap memilih beliau kerana mereka percaya bahawa ISA hanyalah satu alat politik pihak berkuasa untuk menutup kelemahan mereka yang selama ini tidak memberi layanan yang adil terhadap kaum India di Negara ini.

Ingin ditegaskan sekali lagi, pada bulan Februari 2008, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah mengeluarkan satu laporan bahawa kini, ada hampir seratus tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting.
Mereka ini berbangsa Melayu, India dan Cina dimana Menteri Dalam Negeri telah melabelkan mereka sebagai ahli Jemaah Islamiyyah (JI), Darul Islam(DI), Hindraf, pemalsuan Syiling , pemalsuan MyKad dan beberapa tuduhan yang lain.

Kemenangan B.A di PRU12, telah memberi kegembiraan terhadap semua tahanan dan keluarga mereka, seolah-olah, ada cahaya dihujung terowong.
Bukan setakat tahanan dan keluarga mereka, semua aktivis hak asasi dan rakyat Malaysia yang bencikan kezaliman, turut berharap agar tahanan dapat dibebaskan dengan segera.
Semua pihak sentiasa peka dan mengambil berat setiap kenyataan yang keluar dari mulut wakil-wakil rakyat yang telah mereka pilih di PRU12.

Namun, pada malam 9 March 2008, kita semua agak kecewa dengan kenyataan Pengerusi DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugur, YB Karpal Singh, menyebutkan bahawa beliau akan terus berusaha membantu membebaskan 5 pemimpin Hindraf dari ISA..
Kemudian, tanpa disangka, pada 22 March 2008, Ahli Parlimen Ipoh Timur, iaitu YB Lim Kit Siang pula telah mengeluarkan kenyataan yang hampir sama , iaitu mendesak Pak Lah membebaskan segera 5 Hindraf sebagai salah satu rawatan pada imej buruk kerajaan Abdullah Badawi.

Ramai yang bertanya, kenapa kenyataan kedua-dua wakil rakyat itu hanya difokuskan pada lima tahanan saja?

Saya sendiri, sebagai salah seorang keluarga pada tahanan ISA yang hampir 6 tahun ditahan di Kem Kamunting, merasa amat sedih dan terganggu dengan kenyataan demi kenyataan yang di keluarkan oleh wakil-wakil rakyat ini.
Namun, saya sedar, mungkin ramai yang tidak tahu status terkini tentang rakyat Malaysia yang masih merengkok di Kem Kamunting.

Berikut adalah beberapa fakta penting, mengapa setiap wakil rakyat mesti berhati-hati dalam menyatakan pendirian mereka dengan isu ISA ini.


1.Ada seratus tahanan ISA di Kem Kamunting.

Sehingga surat ini ditulis, ada hampir seratus Tahanan ISA yang masih ditahan di Kem Kamunting. Lima orang pemimpin Hindraf yang telah ditahan selama 100 hari, ada lima tahanan ISA yang sudah dilanjutkan masuk tahun ke lapan dan berpuluh-puluh yang lain ditahan antara 3 – hingga 6 tahun.


2. ISA adalah alat politik pemimpin yang berkuasa
..

Perkara penting dalam kes ISA bukanlah siapa yang ditahan ataupun apakah tuduhan yang telah di lemparkan kepada tahanan ISA.Tetapi, semua Wakil Rakyat mesti jelas bahawa ISA adalah satu alat politik pemimpin dari Barisan Nasional yang digunakan keatas rakyat untuk memastikan survival politik mereka. Justeru itu, sepatutnya para Wakil Rakyat mestilah sentiasa peka dan mengingatkan rakyat bahawa semua pihak mesti sedar tentang kejahatan akta ini dan bersama-sama untuk menghapuskannya.


3.Semua Tahanan ISA ingin bebas!

Semua tahanan ISA tidak pernah dibawa ke muka pengadilan. Mereka dilemparkan dengan pelbagai tuduhan,tanpa ada peluang untuk membela diri. Sekiranya mereka memang benar-benar memberi ancaman kepada Negara, bicarakanlah mereka sebagaimana pesalah yang lain mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada supaya mereka mengetahui tarikh akhir mereka dikurung.
Sekiranya pihak berkuasa tidak mahu membicarakan mereka, bebaskanlah kesemuanya. Mereka terlalu rindu untuk menjalani kehidupan sepertimana rakyat Malaysia yang lain yang bebas dan merdeka.


4. Semua Wakil Rakyat mestilah berpendirian jelas tentang isu ISA

Gerakan Mansuhkan ISA(GMI), yang ditubuhkan pada 2001, telah melakukan pelbagai program demi memberi kesedaran pada rakyat tentang kezaliman dan kejahatan ISA. Kempen ini disokong oleh 82 badan bukan kerajaan dan Parti Politik B.A dan telah berjaya membebaskan beratus-ratus tahanan ISA.

Oleh Norlaila Othman
Isteri Tahanan 6 tahun –ISA
Aktivis GMI.


Semua tahanan ISA yang masih menghuni Kem Kamunting, wajar menuntut hak untuk dibantu oleh semua wakil rakyat B.A agar mereka dibebaskan dengan segera. Semua Adun dan Ahli Parlimen, adalah mereka yang telah dipilih oleh rakyat Malaysia yang terdiri dari kaum Melayu, China dan India.
Oleh itu semua Wakil Rakyat sepatutnya mempunyai pendirian yang jelas tentang isu ISA. Mereka sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan setiap kenyataan tentang desakan atau gesaan untuk membebaskan tahanan ISA supaya kenyataan itu tidak bercanggah dengan kempen kesedaran GMI iaitu, bebaskan semua tahanan, mansuhkan ISA dan tutup Kem Kamunting.

Saya mewakili semua tahanan ISA dan keluarga mereka, amat berharap bahawa semua wakil rakyat B.A akan menunjukkan sikap dan komitmen yang tinggi untuk bersama-sama GMI membebaskan semua tahanan dan memansuhkan ISA.

Labels:

Wednesday, April 2, 2008

PAS , PKR , DAP = Pakatan Rakyat


KENYATAAN PIMPINAN PARTI PAS,PKR dan DAP.

Pimpinan tertinggi parti-parti PKR,DAP dan PAS hari ini telah mengadakan mesyuarat sebagai lanjutan daripada mesyuarat yang telah diadakan pada 18 Mac 2008.

Mesyuarat hari ini dihadiri antara lain oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB En Lim Kit Siang, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pada mesyuarat hari ini kami telah mencadangkan untuk memantapkan lagi kerjasama ketiga-tiga parti ini atas nama PAKATAN RAKYAT. Nama ini telah dicadangkan dan akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini.

Pakatan Rakyat juga berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Dengan keputusan pilihanraya yang lepas, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan nantinya dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dasar-dasar utama kerajaan negeri ini akan diselaraskan sesuai dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat.

Bagi memantapkan pemahaman atas semua dasar, wakil-wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ketiga-tiga parti akan mengadakan satu konvensyen pada 27 April 2008.

Kami juga memperkemas dan memantapkan struktur Pakatan Rakyat dengan diwujudkan di bawah Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua-ketua tiga parti, sebuah Sekretariat Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap parti. Sekretariat Bersama ini telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka pakatan untuk disahkan oleh Majlis Pimpinan nanti.


Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
YB Lim Kit Siang

Labels: