Tuesday, March 18, 2008

Pendidikan Percuma

Pendidikan percuma dalam sebuah Negara Kebajikan bermaksud, perkhidmatan pendidikan diberikan secara percuma daripada peringkat rendah sehingga peringkat tinggi termasuk Ijazah Lanjutan.

Perkhidmatan ini juga mungkin diberikan kepada rakyat asing yang ditawarkan menuntut di negara tersebut. Bagaimanapun penyediaan perkhidmatan pendidikan percuma ini selalunya tidak termasuk sara hidup dan lain-lain keperluan hidup seseorang pelajar. Pelajar atau mahasiswa bertanggungjawab sendiri untuk menyara kehidupannya sama ada melalui pembiayaan sendiri, keluarga, penajaan atau pinjaman. Demikianlah polisi yang berkaitan dengan pendidikan percuma yang dilaksanakan oleh kebanyakan negara yang berorientasikan Negara Kebajikan.

Sebenarnya pelaksanaan pendidikan percuma ini bukanlah satu perkara baru. Dalam sejarah ketamadunan Islam, pendidikan percuma ini telah diberikan dari peringkat rendah sehingga peringkat tinggi. Sebagai contoh semasa pemerintahan Bani Abbasiyah di Baghdad, pendidikan percuma telah diberikan sehingga menjadikan kota Baghdad sebagai pusat tumpuan para penuntut ilmu dari seluruh dunia. Demikian juga dengan pemerintahan Islam di Andalus, telah memberikan pendidikan percuma sehingga ramai penuntut ilmu dari Eropah berhijrah ke sana. Sehingga hari ini masih terdapat beberapa universiti di negara-negara dunia Islam yang mewarisi pendidikan percuma ini termasuklah Universiti Al-Azhar. Beberapa sumber digunakan untuk pembiayaan pendidikan percuma ini termasuklah wakaf, zakat dan sedekah.

Pendidikan percuma diberikan oleh kerajaan sesebuah Negara Kebajikan kerana ia dilihat sebagai keperluan asasi bagi setiap rakyat. Perkembangan dasar Liberalisme yang menjadi pegangan negara-negara moden mengkehendaki kerajaan bersifat lepas tangan (Laissez Faire) bermula dalam Ekonomi kemudiannya menghakis kepada beberapa keperluan asasi rakyat seperti pendidikan. Di kebanyakan negara yang mengamalkan dasar itu, menganggap pendidikan tinggi bukanlah keperluan asasi rakyat, justeru kerajaan tidak bertanggungjawab menyediakannya secara percuma. Lewat kurun ke-20, pendidikan tinggi ini dilihat sebagai peluang yang baik untuk sumber pendapatan negara, malah sebagai sebagai komoditi dagangan khususnya bagi golongan Neo-Liberalisme.

Di Malaysia, penggubalan akta-akta berkaitan pendidikan pada pertengahan dekad 1990-an salah satunya mempunyai tujuan ini. Malaysia dilihat menuruti beberapa negara seperti Australia menjadikan pendidikan tinggi ini peluang untuk menambahkan pendapatan negara melalui kutipan yuran dan seumpamanya. Bagaimanapun masih terdapat banyak negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi seperti negara-negara Sweden, Norway, Finland dan lain-lain di Eropah, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain dari kalangan negara pengeluar minyak, Cuba sebuah negara Sosialis serta Sri Lanka sebuah negara membangun. Hakikat ini menunjukkan bahawa pendidikan percuma ini tidak semestinya dilaksanakan hanya oleh negara-negara kaya.

Labels:

Thursday, March 6, 2008

Munajat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat...


WAHAI Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadamu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadamua yang menyampaikan kami ke syurgamu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."
"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami."Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami.Dan janganlah engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami."

Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungna dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik

"Wahai tuhan kami, engkaulah penolong kami, maka kepada engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada engkaulah kami pohon selamat. Wahai tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksamu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat..."

"Dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,"

"Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari engkau wahai tuhan yang maha pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri"

"Dan kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,

"Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Amin

Labels:

Wednesday, March 5, 2008

Alahai Pak lah Hadhari

pertama sekali ingin aku nyatakan di sini bahawa aku beranggapan bahawa gambar peribadi yang dipaparkan di sini merupakan gambar “peribadi”. ianya tidak patut ditontonkan di khalayak umum. tetapi memandangkan ianya telah tersebar dengan meluasnya, maka satu penjelasan segera perlu diberikan oleh Pak Lah tanpa berselindung2 lagi.

terus terang aku cakap, aku tak kenal sorang pun dalam gambar2 ni. yang aku kenal cuma Pak Lah. dan aku tak melihat apa2 kesalahan dalam gambar2 tersebut. biasalah, jamuan peribadi, tertutup. anything boleh berlaku dan kita tak sepatutnya ambik tahu. itu pandangan peribadi aku. aku pegang pada prinsip, tatau, jangan ambik tau. tapi bila ianya telah terpapar secara meluas dalam email2 dan laman2 web, maka secara tak lansung ia mengganggu kepala hotak aku yang berjambul ni.

first skali aku tengok, aku tanya kat kawan aku, apa masalah ngan gambaq ni? sebab bagi aku, pegang bahu si “mishel yeo” (aku tatau nak eja) tu tadak masalah sangat. kadang2 saja lupa terpegang, ataupun nak ampu bejalan ke depan sebab lutut dah lengoh bejalan dan bersalam. macam2 boleh jadi. walaupun ianya tak berapa senonoh untuk kita, tapi ianya terlalu kecik untuk diperkatakan. sebab tu dalam blog aku, aku tak pernah tulis pasal kes pegang bahu. kawan aku suruh aku tengok betul2. tekejut kj aku sekali lagi! peluk pinggang! aduss.. ini suda lebih la pak lah! sapa tu yang boleh dok main peluk2 pinggang ambik gambaq? nak kata terpeluk, tak logik sangat sebab berposing. tak macam si mishel yeo, macam “ter”pegang. still boley excuse lagi la. tapi ini apa critaa??

aku ada sedara mara pompuan. tobat aku tak lalu nak peluk pinggang bila ambik gambaq dengan depa! setakat letak tangan ataih bahu ala2 kengkawan tu pernah la dengan sedara mara ni, tapi peluk pinggang? tu dah lain tu. kalau tengku adnan yang tak snonoh perangai dia tu, ok la kita tau sebab dah memang tak snonoh. tapi ni imam Islam hadhari! peluk pinggang! mustahil anak beranak dia yang dia tengah peluk tu. kalau sepupu sepapat tu dah kira bukan muhrim. gumana cerita ni?

walaubagaimanapun, aku sangat2 berharap pak lah boley bagi penjelasan. kalaupun pak lah tak boleh, sekurang2nya sahabat2 yang dok baca blog ni boleh jelaskan sikit agar tak timbul fitnah terhadap pempimpin hadhari kita ni. perjelaskan, dan kalau boleh pastikan ianya saheh bahawa yang dipeluk tu adalah muhrimnya.
aku menanti penjelasan. aku tak perlu dengaq penjelasan “it looks like me, smile like me”. aku dah bosan dengaq benda2 macam tu. aku nak tau SAPA yang pak lah peluk tu? sedara mara belah mana???

Labels:

Tuesday, March 4, 2008

Kelantan nak Bankrup bawah PAS???

Untuk renungan…betui ke fakta ini? Ada tak akhbar2 termuka Malaysia membuat perbandingan ini supaya rakyat jelata boleh berfikir sejenak???
Jika selama ini Petronas untung sejak 2000:

2000 - 21.611 bilion RM (untung kasar)

2001 - 29.029 bilion RM (untung kasar)

2002 - 24.318 bilion RM (untung kasar)

2003 - 26.873 bilion RM (untung kasar)

2004 - 37.445 bilion RM (untung kasar)

2005 - 58.037 bilion RM (untung kasar)

2006 - 70.2 billion RM (untung kasar)

2007 - 76.3 bilion RM (untung kasar)

Jika selama ini Kerajaan BN menggunakan duit Petronas:

-Membina menara berkembar Petronas - 10 bilion ( NILAI DALAM RM )-Membina KLIA - 10.5 bilion ( NILAI DALAM RM )

-Membina MSC - 19 bilion ( NILAI DALAM RM )

-MembinaTrek F1 - 286 juta ( NILAI DALAM RM )

-Menaja Petronas Sauber F1 - 1 bilion setiap tahun ( NILAI DALAM RM )

-Menaja subsidi gas kepada YTL Power (milik Yeh Tiong Lay) dan Genting Sanyen (milik Lom Goh Tong) - siapa untung? ( 14 bilion setahun - NILAI DALAM RM )-menyelamat kerugian DRB-Hicom (proton) - siapa untung? ( 1 bilion - NILAI DALAM RM )

-menyelamat kerugian MISC (milik Mirzan Mahathir) - siapa untung? ( 1 bilion - NILAI DALAM RM )

-menyelamat kerugian Bank Bumiputera - siapa untung? ( 4 bilion - NILAI DALAM RM )


MUHYIDDIN Kata: HUTANG KERAJAAN NEGERI KELANTAN KINI CECAH RM1 BILION
Betui ke kata Pak Menteri ni or akhbar yang silap lapor?


Pada tahun 2005 Laporan akhbar menyebut Ketua Audit Negara Tan Sri Hadenan A. Jalil, tunggakan hutang kerajaan negeri pada kerajaan persekutuan:
1. Johor (RM598.35 juta)
Kedah (RM450.96 juta)
Pahang (RM414.48 juta)
Selangor (RM377.33 juta)
Terengganu (RM259.75 juta)
Negeri Sembilan ( RM144.37 juta)
Sarawak (RM77.69 juta)
Melaka (RM76.22juta)
Sabah (RM70.20 juta)
Kelantan RM46.61 juta


Siapa yang paling banyak utang yee?? Silap lagi kot angka ni.


Siapa yang memerintah pun..faktar yang sebenar perlu dimaklumkan bukan diputar belitkan….Hari ni kau memutar belitkan..esok lusa giliran aku pulak….. Apa kira pun kalau KJ memang memang lagi LINGKUP Malaysia!

Labels:

Monday, March 3, 2008

Siti di Rembau-BN

REMBAU, 3 Mac - "Pilih dengan bijak," demikian nasihat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kepada 10.9 juta pengundi yang akan mengundi di seluruh negara Sabtu depan.
Siti yang ditemani suami, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa yang lebih dikenali dengan panggilan "Datuk K" berkata mengundi adalah tanggungjawab setiap rakyat dalam menentukan masa depan negara, maju ke hadapan atau sebaliknya.

"Pada 8 Mac ini, mari kita keluar beramairamai mengundi. Undian kita amat bermakna kepada negara, pilih (calon) yang terbaik demi masa depan kita dan masa depan generasi akan datang," katanya.

Turut hadir ialah Pengerusi Penyayang, Nori Abdullah, yang juga isteri Naib Ketua Pemuda Umno dan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Tanpa menyatakan sokongan kepada mana-mana pihak, Siti yang tampak ringkas mengenakan tudung biru, blouse putih dan seluar jeans berkata pengundi perlu menilai calon dengan teliti dan memilih pemimpin yang terbaik.

Siti membuat penampilan khas pada karnival yang bertujuan memupuk hubungan erat antara anggota keluarga melalui penyertaan pelbagai aktiviti pada 12 tengah hari sebelum mengadakan sesi menandatangani autograf buat peminatnya, selama lebih 40 minit, di sebelah kanan pentas utama di Dataran Rembau.

Dalam sesi itu, Siti menurunkan autografnya di atas penanda buku "Keluarga Bahagia: Nadi Kesejahteraan Negara" yang juga memaparkan gambar Khairy dan Nori serta anak lelaki pasangan itu, Jibreil Ali Jamaluddin Abu Bakar, 5 bulan.Semalam, penyanyi nombor satu negara itu turut menemani suaminya yang memberikan sokongan kepada calon BN bagi kerusi Parlimen Tampin Datuk Shaziman Abu Mansor di Taman Gemas Indah, Gemas.

Khalid berkata beliau dan isterinya akan turun ke beberapa negeri, termasuk Pahang, Negeri Sembilan dan Perak bagi memberikan sokongan moral kepada beberapa kenalan mereka yang menjadi calon termasuk Khairy.

"Saya percaya Shaziman dan Khairy akan mendapat sokongan pengundi.Saya seru pengundi membuat pilihan dengan bijak dan hati-hati... Jangan perjudi masa depan negara," katanya yang akan mengundi di kawasan Parlimen Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Kerusi Parlimen Rembau yang mempunyai 62,896 pengundi, menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara Khairy, 32, dengan anggota majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shaharin, 30. - BERNAMA

Labels: