Wednesday, February 13, 2008

Minyak Petrolium Keluaran Malaysia Hanya Sesuai Untuk Dijadikan Minyak Jet

“Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan”, kata Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zahid Hamidi ketika disoal oleh Dr. Muhammad Agus di dalam rancangan Hujah terbitan TV9 sebentar tadi.

Saya tak tahu samada hendak ketawa atau menangis mendengar alasan daripada Zahid ini. Apa yang pasti, jawapannya bukan menyelesaikan permasalahan semasa rakyat tetapi sebaliknya mengundang banyak persoalan di dalam benak fikiran kita. Mungkinkah menteri dan timbalan menteri UMNO/BN ini memang semuanya bangap dan lembab belaka atau memang kegemaran mereka bersandiwara bodoh sepanjang masa di hadapan rakyat.

Kita ikuti seterusnya perbualan (secara ringkas) antara Dr. Agus dan Zahid:

Dr. Agus: Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang telah berjanji bahawa jika mereka berjaya memerintah Malaysia, harga minyak akan diturunkan 30 sen serta merta? Apa pandangan Datuk?

Zahid: Inilah masaalah dengan pembangkang, tak habis-habis meracuni fikiran rakyat. Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan. Cuba lihat negara-negara lain seperti Singapura dan Thailand, harga minyak mereka jauh lebih mahal daripada di negara kita ……..

Dr. Agus: Tetapi mereka ini bukan negara pengeluar minyak sedangkan negara kita pengekspot minyak ……..

Zahid: Betullah negara kita pengekspot minyak, tetapi saudara kena ingat bahawa kerajaan terpaksa berbelanja sebanyak RM 40 bilion setahun bagi subsidi minyak. Dengan jumlah wang yang begini banyak banyak lagi projek lain yang boleh kita buat untuk kesejahteraan rakyat …….

Dr. Agus: Bukankah dengan menurunkan harga minyak itu merupakan satu kesejahteraan kepada rakyat ………?

Zahid: Betul, tetapi semua lapisan rakyat tak kira bawa Mercedes atau Proton akan mendapat faedah yang sama jika kita menambah subsidi minyak ……..

Saya tak nak mengulas panjang tentang perkara ini kerana anda semua boleh buat penilaian sendiri tahap minda seorang yang bergelar Timbalan Menteri di dalam UMNO/BN. Budak-budak sekolah pun tahu bahawa minyak petroleum apa pun jika diproses di pusat penapisan akan mengeluarkan pelbagai produk minyak lain termasuk petrol, diesel, bitumen, minyak tanah, minyak jet dan pelbagai lagi hasil keluaran. Sikit atau banyak sesuatu produk ini bergantung kepada kualiti atau jenis minyak mentah (crude oil) yang diproses. Apa yang pasti, tak ada satu jenis petrolium pun dalam dunia ini yang hanya boleh keluarkan minyak jet sahaja. Tak tahulah kalau ada minyak petrolium yang disedut belakang rumah Zahid yang berupaya berbuat demikian.

Lagi pun kalau benar kualiti minyak Malaysia memang tinggi atau tinggi kandungan untuk minyak jet, sudah tentu kita berjaya mengekspot dan seterusnya memperolehi untung yang lebih tinggi sebab harga minyak dunia telah meningkat dengan mendadak, sedangkan untuk kegunaan tempatan kita mengimpot minyak yang bermutu rendah. Jadi hujah kepala otak apa pula yang berkata bahawa apabila fenomena ini berlaku kita terpaksa naikkan harga minyak sedangkan kita telah untung besar dengan hasil penjualan minyak bermutu tinggi!Saya nak ingatkan Zahid bahawa Anwar telah menjadi Menteri Kewangan selama 8 tahun dan apabila beliau kata ia boleh dilakukan maka ia pasti boleh dilakukan. Janganlah kedunguan boss kamu Mamak Maidin itu menjalar kepada engkau pulak! Kamu boleh menipu sesetengah orang pada sesetengah masa atau semua orang pada sesetengah masa atau sesetengah orang pada setiap masa. Tetapi kamu tidak akan berjaya menipu semua orang pada setiap masa dan penipuan kamu di atas adalah cukup hina dan meloyakan.

Labels:

Friday, February 1, 2008

Adakah Lagi Pimpinan BN Yang Bersih?

Saya ingat cerita paling lawak minggu ini ialah kenyataan Pak Lah semalam bahawa BN akan hanya memileh calun yang berwibawa untuk bertanding pada pilihanraya umum (PRU) akan datang. Saya ingat kalau beruk dan kera sekali pun yang dengar ucapan ini akan ketawa terbahak-bahak manakala kucing dan anjing ikut termuntah-muntah kerana begitu loya mendengar karut Pak Lah.

Ketika ditanya wartawan mengenai calun BN, Pak Lah cakap orang putih dan menyebut “we want clean candidates to represent us in the next general election ……” Tak tahulah saya kenapa diterjemah ke dalam bahasa Melayu “clean” jadi “wibawa”. Kalau saya terjemahkan “clean” tentulah jadi “bersih”. Soalannya, adakah pimpinan UMNO dan BN yang bersih. Kalau itu yang kehendakinya sudah tentu BN tidak mempunyai seorang calun pun untuk mewakili mereka di dalam PRU nanti. Baiklah, mungkin saya “exaggerate” sikit. Katakanlah ada tiga empat kerat calun BN yang tinggal kerana mereka agak bersih. Tapi satu yang pasti, Pak Lah dan Najib tak boleh bertanding kerana mereka tidak bersih. Malah menantu kesayangannya pun tak boleh bertanding. Mereka semua terpalit dengan najis kekotoran rasuah dan penyelewengan kuasa.

Sebenarnya kenyataan Pak Lah ini adalah respon daripada ucapan Dr. Mahathir sehari lebih awal bahawa beliau hanya akan menyokong calun yang bersih, lurus dan tidak rasuah. Mungkin kerana bimbangkan Dr. Mahathir sendiri akan berkempen menjatuhkannya di dalam PRU nanti disebabkan beliau tak berapa bersih, maka Pak Lah terpaksa meminjam kata-kata ini untuk diulangi di hadapan rakyat. Saya naik hairan dengan orang tua ini, samada dia tahukah apa yang diucapkannya. Mana ada pimpinan BN yang bersih. Sebenarnya yang BERSIH adalah pimpinan pembangkang dan NGO sebab itu mereka menyertai BERSIH dan berazam untuk membersihkan Malaysia daripada UMNO dan BN.

Si Najib pula turut memberi komen tentang calun BN akan datang mestilah terdiri daripada mereka-mereka yang “winnable” yakni boleh menang. Beliau menambah bahawa satu daripada sifat yang “winnable” ialah bersih dan berwibawa. Poooorah Najib! Kalau ini syaratnya engkau perlu ditolak awal-awal lagi. Pilihnaraya umum 1999 dulu pun engkau menang dengan undi pos lantas menjadikan engkau bukan wakil rakyat tetapi wakil pos. Sekarang bergelumang dengan segala najis rasuah, rasuah Sukhoi dan Scorpene, dan jangan lupa Altantunya, ada hati nak sebut dia bersih. Muntah lagi sekali nampaknya anjing dan kucing mendengar hasrat Najib.

Saya ingin menasihatkan Pak Lah dan kuncu-kuncunya di dalam BN tak usah berlagak alim kononnya mereka orang baik-baik kerana rakyat sudah cerdik dan nampak sangat sandiwara yang cuba diulangtayang sempena PRU ke 12 kelak. Kami semua sudah bertekad untuk mengalahkan BN di dalam PRU nanti tak kira apa jua janji manis kau orang.

Labels: