Wednesday, January 30, 2008

AL-Fatihah

Sahibus Samahah Dato' Seri Utama DiRaja
Dato' Haji Ishak bin Haji Baharom
Tahun Berkhidmat dari 1985 - 1997

Dato' Ishak telah meninggal dunia akibat waktu tengahari tadi, di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pagi semalam selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah

Bekas Mufti Besar Selangor Datuk Haji Ishak Baharom disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.50 petang tadi. Menurut salah seorang rakannya jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di No 194 Jalan Tun Sambanthan Taman Sri Andalas Klang

Memoir

Datuk Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 - 30 Januari 2008) merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan dan kemudian menjadi pendakwah bebas yang aktif. Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharum bin Jabar , berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manung, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini, mereka mendapat 3 anak.

Pendidikan awal

Dato Ishak baharom bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai , Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Al-Fatihah buat Allahyarham Dato Ishak Baharom, semoga ALLAH swt menempatkan roh almarhum di Raudhatul-Jannah bersama-sama orang yang dikasihi NYA. amin

Labels:

Tuesday, January 29, 2008

Dr M -Kerajaan BN pimpinan Dollah “lemah”:

“Saya masih tidak bersetuju dengan beberapa dasar beliau (Dollah) terutama dalam membenarkan Malaysia tunduk mengikut kemahuan Singapura”, begitulah kenyataan terbaru bekas PM Tun Dr Mahathir. Tun membuat kenyataan tersebut dalam satu temuramah khas bersama wartawan asing sempena pelancaran buku beliau yang dijadulkan esok.

Kata beliau lagi kita (Malaysia) tidak lagi bebas sebagaimana dahulu terutama dalam menyatakan sikap terhadap isu-isu antarabangsa. Kenyataan ini merupakan tamparan hebat ke atas imej PM Dollah Badawi, seolah menggambarkan yang beliau gagal dalam isu-isu antarabangsa. Sememangnya isu-isu besar terutama di Palestin, Iraq dan Afghanistan seakan dibiarkan begitu sahaja walaupun kita memegang kerusi Pengerusi OIC.

Tun turut mengulas tentang pilihanraya umum yang bakal menjelang.Katanya kerajaan “lemah” yang ada pada hari ini dijangka terus menang namun tidaklah dengan majority sebesar sebelum ini. Masannya sudah tiba bagi rakyat untuk memberikan “signal” kepada BN.

Apabila ditanya patutkah PM Dollah memberi laluan kepada pemimpin yang baru, kata Tun terpulanglah kepada beliau untuk memutuskan. Rakyat juga boleh membantu, dengan membuat keputusan (pada pilihan raya umum ini).

Perkembangan terbaru ini saya yakin makin mengusutkan lagi BN dan kepimpinan Dollah. Bayangkan apabila orang yang beliau gantikan tidak lagi memberikan keyakinan terhadap kepimpinan beliau, dan itu baru dalam tempoh tak sampai 5 tahun! Dulu kalau kita ingat Almarhum Tunku Abd Rahman pun pernah menyerang kerajaan Tun Dr M, tetapi Tun tidak menggantikan Tunku. Tunku digantikan oleh Tun Razak dan kemudiannya Tun Hussien dan kemudian baru Mahathir.

Oleh itu krisis keyakinan terhadap kepimpinan Dollah ini hendaklah terus didedahkan, semoga rakyat semuanya dapat sedar dan akhirnya bersama membawa perubahan demi kebaikkan Negara dalam pilihan raya akan datang.

Labels:

Friday, January 25, 2008

Bloggers semua "sampah": Rafidah

Berita pertama yang menarik perhatian saya dalam akhbar tempatan hari ini adalah kenyataan Ketua Wanita Umno, Rafidah Aziz bahawa kritikkan pemilik-pemiliki blog terhadap kerajaan tanpa asas dan fakta semuanya adalah "pure rubbish" ataupun "sampah" belaka.

Saya membaca kenyataan ini sambil tersenyum kerana kalau rakyat yang mengatakan sumbagan para bloggers itu "pure rubbish", maka seharusnya ia mencetuskan kebimbangan dan kerisauan, tetapi apabila yang merungut dan berleter adalah Ketua Wanita Umno Malaysia, maka saya mahu mengambil kesempatan mengucapkan syabas kepada semua bloggers, ayuh kita menyumbang lagi kerana ternyata ianya begitu berkesan sehingga menganggu pemimpin sehebat dan seperkasa Rafidah!

Menurut Utusan Malaysia, Rafidah kononnya mendakwa bahawa parti-parti pembangkang "terpaksa" menggunakan internet kerana kononnya majlis-majlis ceramah pembangkang sudah tidak lagi mendapat sambutan. Dan kononnya lagi internet digunakan oleh pembangkang lantaran takut mahu mengkritik kerajaan secara terang-terangan kerana mahu mengelakkan disaman.

Rafidah perlu tahu ruangan internet sebenarnya adalah "extension" dari usaha rakyat Malaysia yang mahu menegak dan memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Parti-parti pembangkang dan NGO terus-menerus menganjurkan ceramah dan himpunan di seluruh negara, itu tugas dan tanggungjawab serta medan mereka. Internet adalah lapangan baru, lalu ia juga perlu digunakan jika ia dapat membantu dan memberi manfaat kepada perjuangan yang besar ini.

Jika apa yang diusahakan ini "pure rubbish" belaka tak perlulah Rafidah melenting kerana "sampah" itu adatnya busuk, dan manusia ini benci kepada apa sahaja yang busuk-busuk. Hakikatnya bloggers kini menerima kunjungan dan bacaan dari ribuan malah ada yang mencecah ratusan ribu pengunjung, di "forward" pula kepada puluhan dan ratusan ribu yang lain, dan ada yang dicetak dan diedar pula. Sebenarnya apa yang dihasilkan bukan "pure rubbish" tetapi mendedahkan "pure rubbish" yang diusaha dan dilakukan oleh Rafidah dan suku sakat kroni dan rakan-rakannya.

Rakyat yang membaca dan melayari blog-blog ini medapat tahu apa yang tidak dapat mereka ketahui dari media arus perdana. Jika ianya "pure rubbish" sudah pasti tidak ada sesiapa yang berminat, namun yang nyatanya ia semakin hangat dan dicar-cari rakyat. Oleh itu bukan bloggers yang perlu bimbang dan cemas, yang perlu bimbang dan cemas adalah esiapa sahaja yang mengeluarkan bau busuk seakan "pure rubbish" itu. Kami tidak tetapi yang rakyat tahu melalui sumbangan kami, bahawa yang busuk laksana "pure rubbish" itu adalah BN dan orang seperti Rafidah.

Labels:

Sunday, January 20, 2008

Pak Samad tidak mahu menggunakan lagi gelaran Sasterawan Negara

Oleh Amin Iskandar @ Black

A. Samad Said dengan nada kecewa dan marah mengumumkan bahawa beliau tidak mahu menggunakan lagi gelaran Sasterawan Negara. Ini berikutan dengan peminggirin karya-karya Sasterawan Negara oleh Kerajaan. Kementerian Pendidikan Tinggi telah mengumumkan baru-baru ini untuk menukar teks sastera sekolah dengan novel-novel remaja seperti karya Ahadiat Akashah.

Pak Samad mengumumkan perkara tersebut hari ini (19 Januari 2008) pada pukul 5.35 petang di Acara Baca Puisi, RA Fine Arts Gallery.

Khabar ni aku petik dari Amin Iskandar @ Black dalam blognya, dalam blognya artikel ini diberi tajuk "Tolak membudayakan kebodohan". Baca selanjutnya;

Tolak membudayakan kebodohan

Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA) cukup prihatin dengan perkembangan terkini berkaitan dengan pendidikan negara. Keputusan Kementerian Pelajaran untuk tidak menyenaraikan sebarang karya Sasterawan Negara(SN) sebagai buku teks sastera bagi sekolah menengah pada tahun 2010 adalah amat mendukacitakan. Ia tragedi terbaru tanah air setelah kerajaan barisan nasional pimpinan mertua khairy jamaludin menghapuskan pendidikan bahasa ibunda Melayu dalam matapelajaran sains dan matematik.

Pusat Perkembangan Kurikulum(PKK) Kementerian Pelajaran membuktikan betapa dungu dan bingainya pemikiran mereka bilamana memberikan alasan maha bodoh bagi menolak karya SN warisan berharga untuk dipelajari di sekolah-sekolah. PKK yang menyelenggara Jawatankuasa Pemilih Buku Teks Komsas mengatakan karya SN berat dan sarat dengan pemikiran sehingga sukar difahami pelajar. Justeru mereka mencari penulis popular dan teks yang mendapat sambutan pelajar dalam usaha menarik minat para pelajar. Antara penulis yang karya mereka termasuk dalam senarai baru itu ialah Ahadiat Akashah, Sharifah Abu Salem dan Mohamad Yazid Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar.

SAMA tidak dapat menerima hakikat novel-novel Ahadiat Akashah seperti Budak Setan, Budak Rap dan Cinta Tiga Hari akan menjadi rujukan para pelajar bagi pembelajaran sastera. Novel dan karya seperti ini tidak mengandung apa-apa nilai kesusasteraan, kemanusian dan pemikiran. Ia tidak lebih daripada sekadar hanya cerita cinta remaja yang cukup ringan dan kosong pemikirannya. Seperti langit dengan bumi jika mahu membandingkan karya-karya Usman Awang dengan penulis seperti Ahadiat Akashah ini.

SAMA melihat tindakan ini sebagai usaha untuk membudayakan kebodohan dalam masyarakat. Pak imam hadhari yang masih tidur dibuai mimpi kuasa dan harta mahu rakyat Malaysia bodoh seperti dirinya. Pemerintah mahu rakyat tidak menyoal dan berfikir. Maka dengan itu lebih mudahlah kerja-kerja perasuah-perasuah untuk merompak dan menindas rakyat jelata.

SAMA juga melihat unsur rasuah dan penyelewengan kuasa dalam hal ini. Siapakah yang akan mendapat keuntungan bagi mencetak sekitar 200, 000 hingga 300, 000 naskhah bagi seorang pengarang yang baru tersenarai itu? Jikalau ada 12 pengarang baru., berapa banyakkah keuntungan yang dikaut hasil kegiatan pembodohan ini?SAMA akan berjuang bagi mempertahankan rakyat daripada terus diperbodohkan pemerintah. SAMA tidak mahu generasi akan datang miskin ilmu pengetahuan. Justeru SAMA menolak budaya yang memiskinkan ini. Tolak membudayakan kebodohan!

Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMA)

Labels:

Tuesday, January 15, 2008

Teladan dari kisah Mustapha Kamal Attarturk

Antara syarat yang diekenakan olen Mustapha Kamal Attaturk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah

:1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!”

Muhasabahlah diri sendiri (yakni diri saya) sebelum muhasabah diri orang lain. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah swt. Apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Labels:

Thursday, January 10, 2008

PAS berangan Mat Jenin?

Oleh SA’ODAH ELIASPETALING JAYA: Harapan PAS untuk memerintah sekurang-kurangnya di empat negeri hanya angan-angan Mat Jenin yang tidak akan kesampaian, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Usahkan hendak tambah jajahan, katanya, malah beliau yakin Barisan Nasional akan dapat merampas semula Kelantan daripada PAS.

Kini sudah masuk 18 tahun PAS memerintah Kelantan, iaitu sejak memenangi negeri itu pilihan raya umum 1990.

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub baru-baru ini berkata parti itu akan menumpukan perhatiannya untuk merampas semula Terengganu serta memenangi kerusi majoriti di sekurang-kurangnya dua lagi negeri, iaitu Kedah dan Perlis kerana yakin rakyat akar umbi kini semakin gusar dengan kenaikan harga pelbagai barangan keperluan sejak akhir-akhir ini. [Baca: PAS intai peluang perintah tiga negeri selain Kelantan ]

Muhammad berkata PAS memang dari dahulu lagi gemar mengambil kesempatan politik daripada isu-isu semasa dengan memutarbelitkan fakta untuk kepentingan mereka, tetapi kali ini Umno dan Barisan Nasional sudah bersedia.

“Mereka boleh cakap apa sahaja, kita akan tangkis. Jentera pilihan raya kita sudahpun diberikan taklimat dan penerangan jelas mengenai cara menangkis dakyah-dakyah PAS dan pembangkang lain,” katanya kepada mStar Online.

Muhammad berkata pihaknya memang sedar bahawa kenaikan harga bahan bakar dan barangan keperluan lain antara isu yang akan cuba dieksploitasi oleh PAS dan parti pembangkang. Kerana itu, tambahnya, semua anggota jentera pilihan raya Umno telah diberikan taklimat terperinci mengenai kedudukan sebenar untuk diperjelaskan kepada masyarakat agar mereka tidak ditipu pembangkang.

Selain itu, katanya, kerajaan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri telah pun berkali-kali memberikan penjelasan mengenai perkara yang sama serta mengambil langkah-langkah perlu untuk mengurangkan kesannya kepada rakyat.
“Kita yakin rakyat tahu apa sebenarnya yang berlaku. Kerajaan hari ini prihatin terhadap kesejahteraan dan keselamatan rakyat. Lihat sahaja pada kenyataan-kenyataan yang dibuat Perdana Menteri dalam minggu ini, ia jelas menunjukkan betapa beliau mengambil berat tentang isu-isu yang boleh menjejaskan kebahagiaan rakyat.

“Sebagai contoh, kenyataan beliau yang tegas dan telus mengenai langkah-langkah mengatasi jenayah. Ini saya yakin akan diterima baik oleh rakyat,” tegas beliau.
Ditanya benarkah pilihan raya akan diadakan beberapa minggu lagi Muhammad berkata tarikh bila ia akan diadakan tidak penting kerana Umno sudahpun bersiap sedia sejak tahun lalu lagi.

“Membuat spekulasi tentang tarikh pilihan raya kini sudah menjadi kegiatan paling digemari masyarakat Malaysia, terutama yang mengambil berat tentang perkembangan politik tanah air. Tapi kita dalam Umno, hanya mementingkan persiapan,” katanya.
Menurutnya, hanya kerana Perdana Menteri serta timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak mempunyai jadual yang ketat pada minggu-minggu yang mendatang ini tidak bermakna ia adalah satu petanda pilihan raya akan diadakan.

“Tugas mereka tidak hanya terhad di ibu negara dan Putrajaya sahaja. Mereka memang kerap melawat ke negeri-negeri, tidak ada apa yang berlainan dengan minggu-minggu akan datang,” jelasnya.

Menurut laporan The Star hari ini, pilihan raya mungkin akan diadakan dua atau tiga minggu selepas sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada Feb 7 berdasarkan perkembangan terbaru, termasuk kekerapan Abdullah dan Najib membuat lawatan ke negeri-negeri dalam tempoh beberapa minggu ini.

Labels:

Tuesday, January 8, 2008

Nampak dirinya dalam keadaan berbogel

Hari ini (8 Januari 2008) genaplah dua tahun Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri tanah haram Israel berada dalam keadaan Ghaibubah iaitu KOMA. Dan sempena hari peringatannya ini, sebuah akhbar Israel hari ini telah membuka rahsia kepada umum mengenai hari-hari terakhirnya sebelum koma tersebut:

Ariel Sharon telah menceritakan kepada setiausaha peribadinya bahawa dia telah diburu mimpi yang sangat mengerikannya iaitu: Dia nampak bahawa dirinya telah jatuh ke tangan rakyat Palestin, dan diheret dengan diikat dan dirantai dalam keadaan berbogel di atas sebuah kenderaan yang terbuka dan memasuki jalan-jalan Ghaza, Palestin.

Dan seminggu terakhir sebelum dia akan dikomakan oleh Allah, dia mengalami pula mimpi ngeri yang dia telah dicampak ke dalam perigi yang dalam. Mimpi-mimpi ini sering mengganggunya sehingga akhirnya dia koma sehingga kini.

Kalau nak tengok lebih lagi, boleh baca kat sini, tapi ia ditulis dalam Bahasa Arab.

Nota: Jangan lupa bahawa penjenayah Ariel inilah yang telah terlibat secara langsung dalam penyembelihan penghuni2 Palestin di kem Pelarian di Syabra dan Syatila di Lubnan. Inilah pembalasan Allah yang tidak dapat kita jangkakan di dunia lagi. Dalam kita seronok atau tensen2 berforum, jangan lupakan saudara kita di Palestin. Kalau ada duit lebih, salurkanlah kepada mereka selain berdoa sentiasa. Satu lagi, pesanan dari rakan-rakan Palestin, mereka mengharapkan kita tidak menyebut negara Israel semata2, kerana dengan sebutan itu seolah2 telah mengiktiraf penempatan mereka, tapi sebutlah negara haram Israel.

Sekadar menyampaikan.

Wassalam.

Labels: