Monday, April 28, 2008

Kenapa BN Ingin Merampas Kelantan dari Kerajaan PAS?

Kesungguhan Barisan Nasional (BN) mahu merampas Kelantan dari tangan PAS bukanlah kerana mahu membangunkan Kelantan tetapi sebaliknya mahu mengaut kekayaan dari hasil bumi negeri Cik Siti Wan Kembang ini untuk menambah kekayaan peribadi dan kroni mereka sahaja. Simpanan gas asli sebanyak 13 trillion kaki persegi (13,000,000,000,000) di perairan Kelantan cukup membuatkan pemimpin BN dan kroni mereka tidak senang duduk dan mahu kembali memerintah agar hasil tersebut dapat mereka kaut. Hasil bumi Kelantan itu sudah sedia untuk diterokai dan hasilnya cukup untuk tempoh 500 tahun iaitu cukup untuk tujuh generasi rakyat Kelantan. Simpanan gas asli tersebut terletak di Blok-Blok berikut,

Blok A18
Blok B17
Blok C19
PM3
Sub-Blok Ular
PM301
PM302
PM303
PM311
PM312

Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalty GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.

APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronasmengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS. Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc. Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari. Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla. Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu. Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum. Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun. Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan. PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.

PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion). Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.

ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN

PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini. Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu. Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan. Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu.

Labels:

Sunday, April 27, 2008

Tuduh Anwar ejen Amerika, rupa-rupa Najib budak surahan mereka

"Tuduhan bahawa Anwar Ibrahim ejen Amerika akhirnya memakan diri, apabila Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak lah sebenarnya budak suruhan Amerika sehingga sanggup menamatkan penyertaan Iran daripada pameran senjata di Kuala Lumpur.

"Najib Razak telah tunduk kepada desakan dari Amerika Syarikat dan rakan-rakan sekutunya", kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia sebagai negara berdaulat dan bermaruah sepatut mengamalkan dasar laur yang bebas dan tidak boleh tunduk kepada arahan dari Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa lain," katanya dalam satu kenyataan.

"Saya berasa dukacita dengan tindakan timbalan perdana menteri merangkap menteri pertahanan terhadap (negara) tetamu kita, Iran."Bekas timbalan perdana menteri itu mengulas kenyataan Najib hari ini bahawa negara Asia Barat itu telah melanggar resolusi 1747 dan 1803 Majlis Keselamatan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila membawa masuk dan mempamerkan senjata-senjata terlarang bawah resolusi tersebut.

Akibatnya, ruang pameran milik Iran ditutup mendadak pada Selasa, hari kedua Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 yang diadakan sehingga semalam.

Walaupun Iran telah dimaklumkan tentang larangan itu, tambah Najib, negara itu masih berbuat demikian.

Anwar menambah, DSA 2008 dianjurkan untuk semua negara berdaulat yang ingin mengambil bahagian secara bebas, bukan untuk menjual senjata dan alat pertahanan lain. "Oleh itu, Malaysia sebagai tuan rumah bebas menjemput negara yang sanggup mengambil bahagian tanpa syarat.

Kerana itu Iran telah dijemput oleh Malaysia untuk mengambil bahagian dalam DSA 2008."Mustahil sekali apabila Malaysia membuat keputusan tergempar tentang (menghentikan) penyertaan Iran itu."

Kini sahlah bahawa tuduhan bahawa Anwar adalah ejen Amerika adalaah tuduhan untuk mengabui mata rakyat sedangkan Pak Lah dan Najib (Bakal Duta Malaysia ke Mongolia) yang sebenarnya budak suruhan Amerika.

Labels:

Wednesday, April 23, 2008

5 syarat jadi ketua kampung BR dan BN

Semenjak BR mengambil alih teraju pemerintahan di Perak, ramai yang datang ke pejabat MB meminta habuan, jawatan, projek dsb. Mereka menyangka apabila pimpinan kerajaan negeri yang baru melaksanakan dasar terbuka, maka ianya bererti mereka boleh mendapat dapat faedah, projek, habuan atau sebutharga atau tender secara terus dengan mudah.

Perkara ini diceritakan oleh Ustaz Misbahul Munir Masduki iaitu Setiausaha Politik kepada MB Perak semasa menyampaikan kuliah maghrib di surau Taman Meru 2C, Ipoh pada 15 April 2008 yang lalu.

Mengikut Ustaz Misabahul, ada seorang hamba Allah yang datang ke pejabat MB meminta surat perlantikan sebagai Ketua kampung. Hamba Allah ini mengatakan penduduk kampung menyokong beliau menjadi Ketua kampung. Beliau datang tanpa sebarang dokumen kelayakan dan surat keterangan.

Hamba Allah ini mengaku beliau adalah seorang pesara (askar pencen) dan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan @ jaga dan juga beberapa kerja-kerja lain. Beliau sanggup menunggu sehingga surat perlantikan diberi barulah beliau akan pulang.

Ustaz Misbahul lalu menyatakan kepada hamba Allah untuk menjadi Ketua kampung mesti ada lima syarat yang perlu dipenuhi:

SYARAT 1- BOLEH MENJADI IMAM
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin dalam solat atau menjadi imam yang baik kerana Menteri Besar yang baru (Ir. Mohammad Nizar) boleh menjadi Imam dalam solat (lengkap zikir dan doa selepas solat).

SYARAT 2- BOLEH BERKHUTBAH (BUKAN SETAKAT MEMBACA KHUTBAH)
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh berkhutbah sebelum solat Fardu Jumaat dan solat sunat Hari Raya kerana Menteri Besar boleh berkhutbah dan bukan setakat membaca teks khutbah.

SYARAT 3- BOLEH MEMBERI CERAMAH
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memberi ceramah seperti Maulidur Rasul, Israk dan Mikraj dsb kerana Menteri Besar boleh memberi ceramah.

SYARAT 4- BOLEH MEMIMPIN TAHLIL
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin tahlil hingga selesai lengkap dengan doanya sekali kerana Menteri Besar boleh memimpin tahlil.

SYARAT 5- BOLEH MEMIMPIN BACAAN TALKIN
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin bacaan Talkin untuk orang yang meninggal dunia kerana Menteri Besar boleh memimpin bacaan Talkin dan bukan setakat membacanya sahaja.

Selepas mengemukakan lima syarat di atas, maka hamba Allah itu terdiam. Beliau lalu pulang dan tidak datang semula untuk meminta jawatan (sebab dia tahu tak layak dan tak boleh memenuhi lima syarat ini).

Syarat keenam (yang ni saya tambah) yang tidak diberikan kepada hamba Allah tersebut adalah:

SYARAT 6- BOLEH BERTUTUR DALAM BERBAGAI BAHASA
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh bertutur dalam berbagai bahasa kerana Menteri Besar boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Tamil, loghat Jawa, Kampar, Mendeling, loghat tempoyak (Perak) dsb.

Syarat untuk jadi ketua kampung-BN

SYARAT 1- BOLEH MENYANYI KARAOKE
Untuk menjadi ketua kampung di bawah pimpinan BN, mestilah pandai berkaraoke. Ini kerana terdapat banyak majlis-majlis lagha yang diajurkan oleh parti tersebut dari peringkat pusat hinggalah ke cawangan, justeru memerlukan ketua kampung yang boleh menghiburkan orang-orang kampung.(lagu kena hafal and vokal kena mantap) di samping mewajibkan nyanyian lagu umno.

SYARAT 2- BOLEH LEPAK BERSAMA-SAMA DENGAN RAKYAT HINGGA 2-3 PAGI DI WARUNG KOPI
Ini penting untuk mengetahui gosip semasa orang-orang kampung dan untuk menyebarkan propaganda UMNO. Di samping itu juga boleh la kacau pak-pak imam yang baru pulang dari Qiamullai.

SYARAT 3- BOLEH MEMBERI CERAMAH
khidmat ini diperlukan apabila wakil rakyat tidak dapat hadir. Ketua kampung yang menjadi boneka bagi mengantikan wakil rakyat ini harus fasih dalam ceramah dan harus pandai mengapi-apikan orang kampung.

SYARAT 4- BOLEH MEMIMPIN KEPADA PERKARA MUNGKAR
Merompak harta rakyat(wang rakyat untuk kepentingan peribadi) dan berkomplot dalam isu penyeludupan(beras dan baja).

SYARAT 5- SANGGUP MENJADI PAK SANGUP (BARUA) PADA UMNO
Ini perkara penting walaupun tidak termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Khimat ini diperlukan apabila menjelang pilihan raya.Ini lah orang yang akan sibuk mencanang cerita karut UMNO pada orang-orang kampung dan sasaran mereka adalah pada kaum wanita, kerana mereka ini amat mudah terpedaya.

Ini lah antara syarat yang diletakkan pada ketua kampung yang menjadi harapan pada orang-orang kampung.


wassalam..

Labels:

54 Adun BN belanja kilat RM27 juta wang rakyat

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan 'kilat' berjumlah RM27 juta dalam tempoh 50 hari oleh semua 54 Adun BN Selangor menimbulkan keraguan dan perlu diberi penjelasan sama ada ia disalurkan mengikut prosedur yang betul.

Adun Hulu Klang, Saari Sungib menjelaskan jika ia membabitkan salah laku, maka mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan.

Katanya, peruntukan tahunan RM500,000 bagi setiap Adun BN itu sepatutnya disalurkan untuk projek kecil seperti memperbaiki jalan raya, paip pecah dan longkang.


Bagaimanapun ia telah habis digunakan dan disahkan sendiri oleh Timbalan Pengarah Kewangan negeri Selangor dalam pertemuan dengan semua Adun Pakatan Rakyat baru-baru ini.

Menurut Saari, RM200,000 daripada peruntukan itu sepatutnya digunakan untuk memberi bantuan kepada penduduk miskin, orang kurang upaya, bantuan kecemasan dan bencana alam manakala selebihnya untuk projek kecil yang setiap satunya mestilah sekitar RM10,000.

"Kalau mengikut prosedur biasa dan ketat, agak mustahil untuk mengagihkan jumlah peruntukan itu dengan cepat dan boleh dihabiskan dalam jangka masa singkat," katanya ketika dihubungi Harakah.

Bagi projek pembangunan dan membaik pulih infrastruktur, wang agihan atau tuntutan kewangan mestilah dibuat menerusi pejabat daerah kawasan masing-masing oleh Adun-Adun terbabit.

"Namun hasil kajian dan siasatan yang tidak rasmi, jumlah peruntukan yang besar tidak pernah dibuat beberapa Adun tersebut. Jadi ke mana wang itu disalurkan?

"Kita akan soal mereka dalam sidang Dun nanti dan kita harap mereka boleh memberi penjelasan yang telus, tetapi jika ada kepincangan, tindakan mestilah diambil," katanya.

Isu ini turut dibangkitkan Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu. Katanya, kerajaan negeri akan meminta penjelasan daripada 36 bekas Adun BN dan 18 yang lain yang masih mengekalkan kerusinya tentang bagaimana peruntukan tersebut digunakan.

"Semua surat kepada Adun terbabit akan dihantar dalam masa seminggu dan mereka perlu menjelaskan dengan terperinci bagaimana wang tersebut digunakan dan siapa kontraktor yang terbabit melakukan kerja-kerja berkenaan.

"Kami tidak berpuas hati dengan cara peruntukan itu digunakan. Kami ingin tahu bagaimana wang pembayar cukai itu dihabiskan," katanya.

Labels:

Tulisan terakhir Rustam: Mahathir yang celupar

SAYA benar-benar kagum akan Mahathir, khususnya terhadap kemampuan dan kedegilannya untuk menyatakan pandangannya.

Dia akan terus berkata-kata, meskipun sudah tidak ada lagi orang yang mau mendengar pandangannya itu – kecuali mungkin beberapa orang yang mau memperalatkannya sebagai sumber "pendapat" bagi maksud tertentu – untuk menyerang Abdullah Badawi, misalnya.

Dan bagi tahap umurnya, tenaga Mahathir memang luar biasa. Suaranya masih lantang, sebutannya masih jelas – meskipun daya ingatannya ternyata sudah kabur (banyak yang tidak diingatnya atau sudah tersalah ingat), daya analisisnya sudah longgar, rasa hormatnya terhadap lojika, etika, maupun kebenaran jelas sudah berkecai.

Namun, bagi saya, apa yang lebih menakjubkan ialah masih banyak antara kita yang masih sanggup mendengar racauannya itu. Oleh itu, bila Mahathir akan diwawancara untuk rancangan "Hard Talk" baru-baru ini saya menjadi kebanjiran dengan pesanan SMS maupun posting blog tentangnya.

Memanglah Mahathir merupakan seorang yang degil, yang tidak puas-puas meracau di mana sahaja. Dia akan berceramah di majlis ceramah anjuran PROWARIS atau bahagian-bahagian Umno yang tertentu, berdebat dalam forum anjuran laman blog MyKMU, ditemuramah oleh Malaysiakini.com, malah menulis kata pengantar untuk buku Dr. Collin Abraham.

Tidak ada sesuatu yang baru dalam apa yang diperkatakannya, namun orang tetap akan mendengar malah melaporkannya kembali di tempat lain, di muka akhbar maupun di laman blog. Tidak ada yang mendalam atau profound dalam analisisnya, namun masih banyak yang menganggap kata-katanya sebagai semacam mutiara ilmu.

Dan inilah yang menakjubkan saya. Apakah yang menarik tentang Mahathir ini: mutiara ilmu yang keluar dari mulutnya atau sekadar personanya? Dan apakah yang menarik tentang persona itu – auranya atau sekadar latarbelakang dirinya yang pernah menjadi ahli politik yang memberontak terhadap establishment Umno tetapi kemudiannya bertukar menjadi establishment itu sendiri yang amat menindas?

Baru-baru ini Mahathir tampaknya telah berhasil pula menjaja misteri dirinya itu ke luar negara. Dia sanggup ditemuramah di ruangan "Hard Talk" BBC yang terkenal kerana soalan-soalan mendalam lagi kasar terhadap sesiapa sahaja – khususnya para pemimpin negara dunia ketiga.

Mahathir memang tahu tentang reputasi rancangan Hard Talk itu, namun naluri dan semangatnya untuk terus berkata-kata itu ternyata tidak akan dapat diredakan. Otot di sekeliling mulutnya yang overdeveloped itu tampaknya tidak akan dapat dilemahkan.
Satu sifat dan sahsiah Mahathir yang asasi sehubungan dengan nalurinya yang mau terus berkata-kata ini ialah sifatnya yang combative – yakni dia akan menyerang bila dia mendapati dirinya terdesak oleh serangan orang lain khusus pihak yang mempersoalkan kredibiliti hujah dan kata-katanya.

Dan apabila Mahathir mulai menyerang, dia akan melakukannya secara dogged (hantam keromo, membujur lalu melintang patah). Bila Mahathir menyerang, maka jelaslah terserlah sifatnya yang samasekali tidak menghormati dan mengendahkan kebenaran, fakta, logika atau malah urutan dan tertib hujah yang siuman.

Saya telah melihat perkara ini berlaku beberapa kali sewaktu Mahathir diwawancara oleh media antarabangsa (Mahathir dalam nada prasangkanya sendiri akan mengatakannya "media barat").
Beberapa tahun lalu, sewaktu Mahathir ditemuramah oleh Zain Verge dari CNN, bila dia didesak dengan soalan-soalan yang hangat dan pedas, dia akan segera menjadi combative – menuduh sipenemuramah itu sebagai mewakili prasangka "orang putih" yang senantiasa memandang rendah terhadap orang kulit berwarna seperti dirinya.

Hakikat yang tidak diendahkan Mahathir ialah hakikat Zain Verge merupakan seorang wanita keturunan Pakistan yang dibesarkan di Afrika – hanya kulitnya sedikit cerah berbanding Mahathir.

Kali ini sewaktu menghadapi asakan soalan-soalan panas dari Stephen Sackur, hos rancangan Hard Talk ini, huraian Mahathir tentang prasangka orang Barat terhadap orang pribumi kita tampaknya diasaskan pada ikhtisar pandangan beberapa tokoh pegawai penjajah British satu dua abad lalu seperti Swettenham, Winstedt.

Pandangan berprasangka seperti itu sebenarnya sudah tidak kedengaran lagi hari ini, dan malah hujah seperti yang dikemukakan oleh Mahathir itu juga sejak lama sudah tidak digunakan lagi oleh para pembahas dan sarjana anak negeri. Namun demikianlah adanya vintage Mahathir: dia tidak teragak-agak menggunakan hujah dan mauduk dari dua abad lalu untuk memenangi perdebatan hari ini.

Mahathir agak beruntung bila berhadapan dengan para wartawan seperti Zain Verge dan Sackur itu. Mereka ini sebenarnya tidak begitu tahu tentang realiti politik di Malaysia, oleh itu tidak dapat terus bertanya (probing) bila Mahathir memberikan reaksi yang sebenarnya tidaklah seratus peratus tepat.

Huraiannya, misalnya, tentang penyingkiran para hakim, tentang pita V. K. Lingam, tentang keadilan yang diterima Anwar dari sistem kehakiman Malaysia sudah pasti akan mengundang asakan yang malah lebih kuat lagi dari seorang wartawan yang lebih tahu tentang Malaysia berbanding Zain maupun Sackur.

Namun Mahathir, bagi saya, tetap merupakan seorang watak awam yang bijak lagi licik. Dia pandai menggunakan segala macam helah dan permainan citra untuk mempertahankan dirinya dan mengelirukan para pendengarnya. Sebab itulah setiap gerak geri maupun kata-katanya akan menarik perhatian, meskipun tidak terdapat barang seurat ketulusan maupun kebijaksanaan dalam penampilan citra dan cendekianya itu.

Bilakah permainan penampilan dirinya yang penuh helah ini akan reda – demi menjaga kewarasan dan kesehatan minda (mental hygiene) masyarakat kita sendiri?

Labels:

Tuesday, April 22, 2008

Lompat parti: "Strategi DSAI menstabilkan Pakatan, mengkelam-kabutkan BN&am

Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pemimpin Pakatan Rakyat (Pakatan) mendakwa bahawa ada di kalangan Ahli Parlimen (AP) Barisan Nasional (BN) akan bertindak lompat parti ke Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa sebulan dua ini. Pakatan yang mendapat 82 kerusi parlimen hanya memerlukan 30 kerusi di Parlimen untuk mendapat majoriti mudah serta menggulingkan kerajaan BN.

Azmin Ali, naib presiden PKR pula mengatakan bahawa PKR sudah berjaya mendapatkan lebih daripada 30 orang AP BN akan menyertai Pakatan. DSAI sekali lagi, dalam ceramah di malam Gelita 14 atau Black 14, mengtakan bahawa Pakatan sudah bersedia untuk menjadi kerajaan.Tetapi yang menjadi persoalan kini, jika betul sudah bersedia, mengapa tidak menubuhkan kerajaan sekarang.

Umumkan sahaja AP-AP dari BN yang hendak melompat keluar dari parti mereka itu dan masuk ke dalam Pakatan.Menurut penulis serta editor bagi seksyen bahasa Malaysia Malaysiakini Sdr. Fathi Aris Omar, ini mungkin perang saraf yan dibuat DSAI dan percubaannya hendak menguji sama ada beliau masih lagi popular atau tak pasca pilihan raya ini.

Katanya, "ini strategi kempen DSAI untuk menstabilkan Pakatan Rakyat & mengkelam-kabutkan BN. Aku rasa DSAI cuba "test market" sejauh mana popularnya dia & Pakatan selepas p/raya 8 Mac."

Soalan yang sama ditanyakan -- benar atau tidak dakwaan DSAI itu -- kepada Al-Mustaqeem Mahmod Radhi bekas editor majalah seni-politik Siasah (bukan tabloid). Ini jawapannya, "cuma dia, Tuhan dan mungkin 2-3 orang yang rapat dengan dia yang tahu. Tentang 30 orang MP nak lompat, siapa yang betul-betul pasti?"MR Al-Mustaqeem menambah dengan penuh yakin,"[..] yang agak pasti, perubahan kerajaan persekutuan akan bawa kebaikan untuk negara."

*pertama kali tersiar di blogzine http://republikkata.blogspot.com

Labels:

Al Fatihah


Rustam Sani Kembali Ke Rahmatullah 2:30 Pagi Tadi


nama penuhnya Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah jam 2:30 pagi tadi dalam usia 63 tahun di rumahnya No 7519 Bukit Lela Gombak, Selangor.Menurut anaknya Ariani yang dihubungi menerusi telefon sekejap tadi bapaknya dikatakan menghidap serangan jantung.


Menurtu Ariani doktor juga mengesahkan Allahyaraham mengalami paru-paru berair.
Pemergian Allahyarham mengejut kerana beliau berada dalam keadaan sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda beliau menghadapi masalah serius dengan kesihatannya sehari dua ini.Menurut anak perempuan sulungnya itu, Allahyaraham dikatakan sangat ghairah dalam sehari dua ini membuat persiapan untuk pelancaran dua buku barunya; Faile Nation? Concerns of Malaysian Nastionalist dan Social Roots of The Malay Left, oleh Anwar Ibrahim dijangka pada 26 April, Sabtu jam 3:00 petang di Di Dewan Seminar Perpustakaan Raja Tun Uda, di Shah Alam.


Allahyarham juga merupakan seorang kolomnis dalam akhbar Siasah yang muncul setiap minggu di muka surat 19 di bawah kolom "Pandangan Rustam". Untuk beberapa keluaran lalu beliau tidak mengisi kolomnya kerana kesihatan kurang mengizinkan dan sibuk dengan persiapan buku barunya.

Allahyarham dilahirkan di Tanjung Malim Perak, 1944. Beliau merupakan anak kepada bapa pejuang kemerdekaan dan Melayu, Ahmad Boestman. Dalam politik jawatan tertinggi yang pernah disandangnya ialah Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Hasil penggabungan PRM dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) beliau dilantik sebagai Ketua Penerangan.

Menurut Ariani jenazah ayahnya akan dikebumikan selepas Zohor di tanah Perkuburan Taman Ibu Kota Kuala Lumpur. Al Fatihah.

Labels: