Sunday, July 22, 2007

Seranagan bloggers ke Atas UMNO

Kewujudan beribu-beribu blog dalam negara, mungkin kerana kerajaan terlalu banyak undang-undang menyekat kebebasan akhbar agak pro pembangkang yang cuba mengkritik pemerintah.

Senator Wan Ubaidah Wan Omar, berkata, banyak undang-undang yang terlalu menutup kebebasan akhbar misalnya akhbar yang di keluarkan oleh PAS yang pada awalnya dua kali seminggu telah disekat menjadi dua kali sebulan.

“PAS hanya bergantung kepada satu akhbar sahaja, jika diberi kelonggaran mungkin suara-suara dalam blog tidaklah sehebat hari ini,” katanya.


Pengendali bangkit isu perkauman, hina agama akan kena tindakan tegas: Najib
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak malam tadi menegaskan pengendali dan penulis laman blog yang membangkitkan isu berbau perkauman atau menghina agama tidak akan terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kebebasan menulis atau memberi pandangan ada hadnya dan kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana pihak mengganggu gugat perpaduan negara serta menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.

“Mereka mesti bertanggungjawab sepenuhnya kepada laman web mereka dan tidak menganggap sikap toleransi kerajaan sebagai lesen untuk menyiarkan apa saja atas nama kebebasan bersuara tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat.

“Kerajaan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan masyarakat,” katanya ketika berucap pada Malam Wartawan Malaysia 2007 dan majlis penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2006 di sini.
Raja Petra’s response: More dirt on Tan Sri Muhammad
BARELY hours after a police report was lodged against his Malaysia Today website, webmaster Raja Petra Kamarudin unleashed a venomous posting of his own - listing a host of alleged misdeeds by his accuser.

In an article ‘See you in hell Muhammad son of Muhammad’, he dug up past stories about Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Raja Petra weaved a juicy tale from the day Tan Sri Muhammad joined politics until his controversial resignation as Selangor chief minister in 1997.

Tan Sri Muhammad on Monday lodged a police report against Raja Petra for a posting in Malaysia Today, which allegedly incited racial hatred and was insulting to the Malaysian King.

Raja Petra, 56, said he and the King, Sultan Mizan Zainal Abidin, had known each other for a long time and had gone Ferrari-driving and horse-riding together.

He added that there was no way he would insult the Yang di-Pertuan Agong, as the King is called in Malaysia.

Raja Petra is regarded as ‘minor royalty’ in Malaysia, as the late Sultan of Selangor was his uncle.

The current Sultan of Selangor is his cousin.

Kelmarin, Umno membuat laporan di Balai Polis Daerah Dang Wangi terhadap laman web Malaysia Today kerana menyiarkan komen sensitif berhubung isu kedaulatan Yang di-Pertuan Agong, Islam dan perkauman.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dilaporkan berkata, komen orang ramai yang disiarkan laman web itu pada 11 Julai lalu melanggar undang-undang dan menghina kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

Pada sidang Dewan Negara petang semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, turut memberi jaminan kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap penulis laman blog terbabit.

“Kita akan kaji dan lihat tindakan mengikut Akta Hasutan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Seksyen 121b Kanun Keseksaan. Seksyen 121b ini membabitkan kesalahan terhadap kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertua Negeri yang membawa hukuman penjara seumur hidup,” katanya.

Najib dalam ucapannya menjelaskan perkembangan mendadak teknologi komunikasi menyebabkan media cetak dan elektronik kini bukan lagi menjadi pembekal tunggal maklumat.

MT UMNO lantik penulis tangkis fitnah laman blog
KOTA KINABALU 1 Julai – Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan melantik penulis khas bagi menangkis semua fitnah terhadap pemimpin negara yang disiarkan melalui laman blog di Internet sebagai strategi parti menghadapi perang siber.

Ahli MT, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melantik beliau mengetuai gerakan membendung fitnah itu pada mesyuarat MT, baru-baru ini.

Menurutnya, langkah itu adalah antara dua strategi utama UMNO dalam menghadapi pilihan raya akan datang selain mendaftarkan secara aktif ahli-ahlinya sebagai pengundi.

Labels: