Wednesday, April 23, 2008

5 syarat jadi ketua kampung BR dan BN

Semenjak BR mengambil alih teraju pemerintahan di Perak, ramai yang datang ke pejabat MB meminta habuan, jawatan, projek dsb. Mereka menyangka apabila pimpinan kerajaan negeri yang baru melaksanakan dasar terbuka, maka ianya bererti mereka boleh mendapat dapat faedah, projek, habuan atau sebutharga atau tender secara terus dengan mudah.

Perkara ini diceritakan oleh Ustaz Misbahul Munir Masduki iaitu Setiausaha Politik kepada MB Perak semasa menyampaikan kuliah maghrib di surau Taman Meru 2C, Ipoh pada 15 April 2008 yang lalu.

Mengikut Ustaz Misabahul, ada seorang hamba Allah yang datang ke pejabat MB meminta surat perlantikan sebagai Ketua kampung. Hamba Allah ini mengatakan penduduk kampung menyokong beliau menjadi Ketua kampung. Beliau datang tanpa sebarang dokumen kelayakan dan surat keterangan.

Hamba Allah ini mengaku beliau adalah seorang pesara (askar pencen) dan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan @ jaga dan juga beberapa kerja-kerja lain. Beliau sanggup menunggu sehingga surat perlantikan diberi barulah beliau akan pulang.

Ustaz Misbahul lalu menyatakan kepada hamba Allah untuk menjadi Ketua kampung mesti ada lima syarat yang perlu dipenuhi:

SYARAT 1- BOLEH MENJADI IMAM
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin dalam solat atau menjadi imam yang baik kerana Menteri Besar yang baru (Ir. Mohammad Nizar) boleh menjadi Imam dalam solat (lengkap zikir dan doa selepas solat).

SYARAT 2- BOLEH BERKHUTBAH (BUKAN SETAKAT MEMBACA KHUTBAH)
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh berkhutbah sebelum solat Fardu Jumaat dan solat sunat Hari Raya kerana Menteri Besar boleh berkhutbah dan bukan setakat membaca teks khutbah.

SYARAT 3- BOLEH MEMBERI CERAMAH
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memberi ceramah seperti Maulidur Rasul, Israk dan Mikraj dsb kerana Menteri Besar boleh memberi ceramah.

SYARAT 4- BOLEH MEMIMPIN TAHLIL
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin tahlil hingga selesai lengkap dengan doanya sekali kerana Menteri Besar boleh memimpin tahlil.

SYARAT 5- BOLEH MEMIMPIN BACAAN TALKIN
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh memimpin bacaan Talkin untuk orang yang meninggal dunia kerana Menteri Besar boleh memimpin bacaan Talkin dan bukan setakat membacanya sahaja.

Selepas mengemukakan lima syarat di atas, maka hamba Allah itu terdiam. Beliau lalu pulang dan tidak datang semula untuk meminta jawatan (sebab dia tahu tak layak dan tak boleh memenuhi lima syarat ini).

Syarat keenam (yang ni saya tambah) yang tidak diberikan kepada hamba Allah tersebut adalah:

SYARAT 6- BOLEH BERTUTUR DALAM BERBAGAI BAHASA
Untuk menjadi Ketua Kampung, seseorang mestilah boleh bertutur dalam berbagai bahasa kerana Menteri Besar boleh bertutur dalam Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Tamil, loghat Jawa, Kampar, Mendeling, loghat tempoyak (Perak) dsb.

Syarat untuk jadi ketua kampung-BN

SYARAT 1- BOLEH MENYANYI KARAOKE
Untuk menjadi ketua kampung di bawah pimpinan BN, mestilah pandai berkaraoke. Ini kerana terdapat banyak majlis-majlis lagha yang diajurkan oleh parti tersebut dari peringkat pusat hinggalah ke cawangan, justeru memerlukan ketua kampung yang boleh menghiburkan orang-orang kampung.(lagu kena hafal and vokal kena mantap) di samping mewajibkan nyanyian lagu umno.

SYARAT 2- BOLEH LEPAK BERSAMA-SAMA DENGAN RAKYAT HINGGA 2-3 PAGI DI WARUNG KOPI
Ini penting untuk mengetahui gosip semasa orang-orang kampung dan untuk menyebarkan propaganda UMNO. Di samping itu juga boleh la kacau pak-pak imam yang baru pulang dari Qiamullai.

SYARAT 3- BOLEH MEMBERI CERAMAH
khidmat ini diperlukan apabila wakil rakyat tidak dapat hadir. Ketua kampung yang menjadi boneka bagi mengantikan wakil rakyat ini harus fasih dalam ceramah dan harus pandai mengapi-apikan orang kampung.

SYARAT 4- BOLEH MEMIMPIN KEPADA PERKARA MUNGKAR
Merompak harta rakyat(wang rakyat untuk kepentingan peribadi) dan berkomplot dalam isu penyeludupan(beras dan baja).

SYARAT 5- SANGGUP MENJADI PAK SANGUP (BARUA) PADA UMNO
Ini perkara penting walaupun tidak termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Khimat ini diperlukan apabila menjelang pilihan raya.Ini lah orang yang akan sibuk mencanang cerita karut UMNO pada orang-orang kampung dan sasaran mereka adalah pada kaum wanita, kerana mereka ini amat mudah terpedaya.

Ini lah antara syarat yang diletakkan pada ketua kampung yang menjadi harapan pada orang-orang kampung.


wassalam..

Labels: